Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Indie Hit Malaysia ‘TCG Card Shop Simulator’ Tinggalkan Early Access Pada 15 September; Akan Hadir di Konsol

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 17, 2026
in Artikel, Berita, Indie, Microsoft, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Simulator, Steam, Trading Card Game, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Game Indie Hit Malaysia ‘TCG Card Shop Simulator’ Tinggalkan Early Access Pada 15 September; Akan Hadir di Konsol
Share on FacebookShare on Twitter

Dua tahun selepas mencetuskan fenomena dalam dunia gaming, game simulasi viral buatan Malaysia, TCG Card Shop Simulator, akhirnya bersedia untuk pelancaran versi penuh.

Pembangun OPNeon Games telah mengumumkan bahawa game simulasi pengurusan kedai ini akan keluar daripada Early Access dan melancarkan Version 1.0 pada 15 September 2026.

Pelancaran penuh ini bakal membawa game berkenaan ke PlayStation 5, Nintendo Switch, dan Switch 2, selain turut dilancarkan di Xbox Series X/S, Xbox One, serta PC (melalui Steam dan Microsoft Store). Game ini juga kekal boleh dimainkan menerusi Xbox Game Pass.

Dihasilkan oleh pembangun solo dari Selangor, Sia Ding Shen di bawah studio OPNeon Games, TCG Card Shop Simulator mula dilancarkan di Steam Early Access pada 15 September 2024. Game ini kemudian berkembang ke Xbox Game Preview dan PC melalui Microsoft Store pada Oktober 2025.

Bermula sebagai projek santai seorang pembangun indie, game ini menjadi fenomena global dengan rating “Overwhelmingly Positive” di Steam serta berjaya terjual berjuta-juta unit di seluruh dunia. Komuniti gamer tempatan turut berbangga apabila Ding Shen memasukkan mata wang Ringgit Malaysia (MYR) di dalam game untuk menonjolkan identiti tempatan.

Apa Itu TCG Card Shop Simulator?

Bagi mereka yang baru ingin mencuba, TCG Card Shop Simulator meletakkan pemain sebagai pemilik kedai kad hobi tempatan. Antara ciri dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan termasuk:

  • Urus dan Hias Kedai Sendiri: Susun meja pameran, penuhi rak dengan booster box serta aksesori kad, tetapkan harga jualan sendiri, dan ambil pekerja untuk membantu menguruskan kaunter bayaran.
  • Buka ‘Booster Pack’: Buka sendiri booster pack untuk memburu kad rare bernilai tinggi. Anda boleh simpan kad-kad tersebut di dalam binder peribadi untuk melengkapkan koleksi, atau pamerkannya di rak untuk dijual pada harga yang lumayan.
  • Anjurkan Perlawanan (dan Jaga Kebersihan Kedai): Tetapkan yuran meja dan anjurkan kejohanan kad komuniti. Kebersihan kedai adalah salah satu mekanik penting dalam game ini; anda perlu pastikan kedai sentiasa bersih, termasuk menyembur penyegar udara kepada pelanggan yang berbau hapak sebelum mereka membuatkan pelanggan lain lari!
  • Kembangkan Perniagaan: Ikuti perkembangan kad yang sedang trending, pantau bajet harian, dan laburkan semula keuntungan untuk ubah suai serta luaskan kedai menjadi sebuah flagship store kad yang serba lengkap.

Apa yang Baharu dalam Versi 1.0?

Ciri utama yang paling dinanti-nantikan dalam Versi 1.0 ialah mod permainan kad trading card game (TCG) Tetramon yang boleh dimainkan sepenuhnya.

Sebelum ini, pemain hanya fokus menguruskan kedai, membuka booster pack, dan menjual kad rare kepada pelanggan. Menerusi kemas kini 1.0 ini, anda akhirnya boleh membina battle deck sendiri menggunakan kad yang dikumpul daripada inventori dan beradu menentang pihak lawan di dalam kedai.

Tags: TCG Card Shop Simulator
ShareTweetSend
Previous Post

Kingdom Hearts IV – Pemain Boleh Kawal Tiga Watak Tambahan Selain Sora

Next Post

[BIC2026] Eksklusif Bersama Shuhei Yoshida – Pandangan Tentang Ekosistem Indie, Impak AI & Peralihan ke Format Sepenuhnya Digital

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
[BIC2026] Eksklusif Bersama Shuhei Yoshida – Pandangan Tentang Ekosistem Indie, Impak AI & Peralihan ke Format Sepenuhnya Digital

[BIC2026] Eksklusif Bersama Shuhei Yoshida - Pandangan Tentang Ekosistem Indie, Impak AI & Peralihan ke Format Sepenuhnya Digital

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd