Berdasarkan satu kajian antarabangsa yang mengkaji 17,000 remaja umur dari 9 hingga 19; dari tahun 2010 hingga 2017, ia berjaya membuktikan video game ganas boleh meningkatkan perangai agresif dalam jangka masa panjang.
Jadi kalau ikut kajian ni, memang ianya tutup terus persoalan pasal main game ganas boleh influence perangai ganas.
Data kajian ni adalah daripada 24 kajian daripada negara macam Amerika, Kanada, Jerman dan Jepun. Kajiannya menyatakan siapa yang main game macam GTA, COD dan Manhunt ada kebarangkalian tunjukkan perangai babi sampai kena pegi bilik pengetua sebab bergaduh ataupun pukul orang lain yang bukan ahli keluarga diorang.
Jay Hull, ketua pengarang untuk kajian ni cakap yang result setiap kajian tak definitive, tapi diorang nak fokus kat menjawab isu ni.
Interest kat topik ni kembali memuncak lepas bangsat 2 ekor bernama Eric Harris dan Dylan Klebold, iaitu 2 celaka yang bunuh orang dalam insiden menembak di Columbine High School; didapati main game Doom. Kebetulan ke apa? Kot-kot dia ada main Maple Story ke?
Pada 2011 pulak Supreme Court batalkan California punya ban untuk jual game kat budak-budak bawah umur, sebabnya diorang kata takde bukti yang game ganas sebabkan budak-budak bertindak ganas.
American Psychological Association task force ada keluarkan satu report pada 2015 yang membuktikan ada kaitan game ganas dengan tabiat ganas tapi tak cukup bukti yang boleh kaitkannya dengan jenayah.
Tapi dengan menggunakan meta-analysis, fakta-fakta baru dapat di ketengahkan. Kaedah baru dalam kajian terbaru ni macam membuktikan penemuan Hull terdahulu. Tak kira gamer tu kerap atau kurang main game. Subjek mesti akan terlibat dengan gaduh kat sekolah dalam masa 8 bulan. Ini berdasarkan statistik dari kajian tahun 2014 melibatkan 2,000 keluarga.
John Hull kata kesannya kecil, tapi statistiknya boleh diguna pakai.
So, adakah game ganas boleh sebabkan perangai agresif? Ada kemungkinannya. Sama ada game tu mengubah persepsi betul/salah anak-anak korang (atau korang) ataupun seseorang tu tertarik dengan sesuatu game tu sebab orang tu sendiri dah memang tak betul persepsi betul/salah dia. Apa pun, dua-dua ni memang fakap.
Hull dan penulis lain kajian tu kata, diorang sekarang nak pergi lebih jauh lagi, bukan lagi nak buktikan ada kaitan ke tak; tapi nak kaji kenapa, bila dan siapa sasaran bila keganasan ni terjadi.
Pada aku, rating umur untuk game-game ni boleh digunakan sebagai garis panduan pertama. Contoh GTA rated “Mature”, 17 tahun ke atas. OK, ini start ye. Next maybe ESRB boleh perhalusi lagi rating method dia. Pada aku maybe sepatutnya 21 tahun ke atas..
Ada point aku banyak lagi sebenarnya, kita boleh cite panjang. PM admin kalau interested kita ngeteh sembang.
@gamersantaimy
Discussion about this post