Kepada korang yang ada PS4 dan subscriber kepada PlayStation Plus, korang sangat beruntung pada bulan ni, PlayStation baik hati kerana diorang nak bagi game yang eksklusif secara percuma. Kaw kaw weh!
So, kat sini, aku listkan game apa yang akan diberikan oleh PlayStation kali ni.
Bloodborne ( PS4 )
Bloodborne dikeluarkan pada Mac 2015, game ni la yang aku cakap eksklusif tu. Game ni cerita pasal Hunter yang mencari “Paleblood” tapi tak tahu sebab apa dan game ni sangat lah mencabar. Nak tahu? Cubalah sendiri.
Garou : Mark of The Wolves ( PS4 / PSVITA )
Garou : Mark of The Wolves pulak, game lawan ala ala Fatal Fury. Kepada korang yang rasa ingin mengenang kembali kenangan silam, boleh lah cuba download game ni. Free je untuk subscriber Playstation Plus.
Bombing Busters ( PS4 / PSVITA )
Bombing Busters ni pulak, kalau korang ingat, kecik2 dulu kite ada main game Bomberman. Haaaaa, macam tu lah game dia, game puzzle arcade yang sangat santai untuk korang cuba bermain dengan ahli keluarga korang dan selesaikan puzzle dia.
Jadi, itu je list untuk free game dari PlayStation Plus untuk bulan Mac ni, kepada korang yang belum subscribe PlayStation plus tu, subscribe lah, rugi weh kalau korang tak subscribe, dapat game free bulan2 lagi, siapa nak bagi?
@gamersantaimy
Discussion about this post