Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game bola sepak Captain Tsubasa: Ace diumumkan untuk iOS & Android

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 25, 2022
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Sukan/lumba
0 0
0
Game bola sepak Captain Tsubasa: Ace diumumkan untuk iOS & Android
Share on FacebookShare on Twitter

Didedahkan semasa acara TapTap Presents 2022, DeNa secara rasminya telah mengumumkan game ‘online multiplayer’ bola sepak kompetitif baharu berdasarkan anime Captain Tsubasa iaitu Captain Tsubasa: Ace untuk iOS dan Android! Berikut adalah trailer rasmi:

Menurut TapTap, Captain Tsubasa: Ace ialah-

Game online multiplayer mobile kompetitif bola sepak yang dihasilkan berdasarkan karya manga/animasi popular Captain Tsubasa oleh Yoichi Takahashi. Game ini menampilkan banyak skil yang hebat dan pelbagai mode permainan, untuk membawa pengalaman interaktif daripada pelbagai segi kepada pemain sambil menghasilkan semula perlawanan klasik dalam versi original.

Ikut pertahanan, menggelecek, hantaran tinggi… Setiap pertempuran online secara masa nyata dengan pemain lain boleh membawa keseronokan dan kesegaran konfrontasi! Perkembangan bakat dan pelbagai kaedah pembangunan unik membolehkan anda merasai keseronokan yang dibawa oleh pertumbuhan dan kemajuan dalam setiap perlawanan!

Butiran gameplay dan tarikh keluaran rasmi tidak diberitahu, di mana ramai yang menganggap game itu masih dalam peringkat awal pembangunan. Harap-harap info baru akan diumumkan dalam masa terdekat.

Buat sesiapa yang tidak tahu, Captain Tsubasa ialah siri manga yang dicipta oleh Yōichi Takahashi, mengisahkan dunia bola sepak dari hujung era 70-an hingga ke 2000-an.

Manga itu mengisahkan Tsubasa Ozora yang berusia 11 tahun, seorang peminat bola sepak yang suatu hari berimpian untuk memenangi Piala Dunia FIFA bagi Jepun. Siri ini menceritakan perjalanan Tsubasa sebagai seorang kanak-kanak hingga dewasa, di mana dia bermain dan berlatih bola sepak, mengembara ke Brazil, dan akhirnya bermain untuk Jepun di Sukan Olimpik.

Captain Tsubasa ialah siri manga yang sangat popular di Jepun, dan berjaya menjual lebih 80 juta salinan serta pernah disenaraikan sebagai “Top 100” untuk senarai manga terbaik sepanjang masa. Tsubasa juga mempunyai patung yang dibina khas untuknya, di bandar Katsushika Tokyo, kampung halaman Yōichi Takahashi.

Sumber – Gematsu

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Androidcaptain tsubasaCaptain Tsubasa: AceiOS
Previous Post

Mod-mod pelik game Stray mula muncul, antaranya mod CJ!

Next Post

Shazam Fury of the Gods akan tiba di Malaysia pada 15 Disember 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Shazam Fury of the Gods akan tiba di Malaysia pada 15 Disember 2022!

Shazam Fury of the Gods akan tiba di Malaysia pada 15 Disember 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd