Mode battle royale untuk game Call of Duty: Black Ops 4 yang bernama Blackout, akan dijadikan percuma selama satu bulan ini. Promosi ini bermula dari 2 April sehinggalah 30 April. Blackout dilancarkan sejurus selepas keluaran Black Ops 4, pada bulan Oktober tahun lepas.
100 pemain akan melompat ke dalam kawasan yang besar, dibina khas dan akan berpecah untuk mencari senjata, perisai, dan perks sebelum bertemu antara satu sama lain dalam peperangan di mana yang terakhir tinggal adalah pemenang. Promosi ini disertakan sekali dengan pengenalan peta baru untuk Blackout, iaitu Alcatraz.

Alcatraz akan hadir dahulu untuk platform PS4, dan kemudiannya akan dihadirkan untuk platform lain, PC dan juga Xbox One. Kalau korang bermain di konsol PS4 dan Xbox one, korang memerlukan langganan aktif untuk bermain, selain dari itu, ianya memang percuma. Hanya perlu muat turun Black Ops 4 dan mode Blackout boleh terus didapati. Korang boleh download sini untuk PS4!
Sumber: Call of Duty
@gamersantaimy
Discussion about this post