Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game baru dituduh memplagiat Elden Ring – animasi 100% sama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 13, 2023
in Action, Adventure, ARPG, Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Game baru dituduh memplagiat Elden Ring – animasi 100% sama!
Share on FacebookShare on Twitter

Game soulslike ‘Bleak Faith: Forsaken‘ baharu sahaja dikeluarkan di PC baru-baru ini, tetapi nampaknya ia telah mengundang komen negatif daripada netizen kerana komuniti kini menuduh pemaju, Archangel Studios, memplagiat/mencuri animasi permainan daripada game popular Elden Ring.

https://twitter.com/meowmaritus/status/1634766907998982147

Isu ini mula ditunjukkan oleh seorang modder Dark Souls bernama Meowmaritus yang memuat naik video perbandingan antara kedua-dua game di halaman Twitter-nya. Dalam video itu, ia menunjukkan animasi pertempuran Bleak Faith: Forsaken yang mempunyai pergerakan sama seperti dalam Elden Ring. Ini termasuk pergerakan watak untuk beberapa senjata dan pergerakan musuh.

Pada masa yang sama, Meowmaritus membuat contoh bahawa game soulslike lain seperti Lies of P juga mengambil inspirasi daripada game buatan FromSoftware seperti Elden Ring, tetapi tidak langsung memplagiat 100%.

Sebagai respon, Archangel Studios (pemaju Bleak Faith: Forsaken) berterus tentang tentang penggunaan aset yang sebenarnya dibeli daripada Epic Marketplace yang dikatakan “bagus dan sesuai dengan tema” mereka. Archangel Studios turut menjelaskan bahawa pembelian aset adalah amalan biasa dalam industri, termasuk di FromSoftware.

Seterusnya, Archangel Studios mendakwa bahawa jika dua animasi adalah serupa, tetapi digunakan pada dua ‘rig’ dan ‘skeleton’ yang berbeza sepenuhnya, itu bukanlah memplagiat tetapi ‘rotoscoping’. Walaupun animasi Elden Ring digunakan sebagai rujukan, tetapi segala animasi dalam Bleak Faith: Forsaken dibuat oleh pencipta pek aset (di dalam Epic Marketplace). Oleh itu, ia tidak dicuri sama sekali.

Tetapi di penghujung hari, tidak boleh dinafikan bahawa Archangel Studios masih menggunakan animasi Elden Ring walaupun ia tidak dibuat oleh FromSoftware. Memandangkan game sudah pun keluar, ini bukanlah masalah mudah untuk diselesaikan. Adakah mereka sanggup memberhentikan game atau adakah mereka akan membuat perubahan yang patut?

Bagi sesiapa yang berminat, Bleak Faith: Forsaken kini tersedia di PC manakala versi PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S sedang dalam pembangunan.

Sumber – DSO Gaming


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Join giveaway kami di sini: https://t.co/Ia4zamY80x

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) March 8, 2023
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bleak Faith: ForsakenElden Ring
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Siapa Yorozu dan Mengapa Sukuna Memburunya?

Next Post

One Piece – Straw Hat vs Seraphim, siapakah identiti pengkhianat? *SPOILER*

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
One Piece – Straw Hat vs Seraphim, siapakah identiti pengkhianat? *SPOILER*

One Piece - Straw Hat vs Seraphim, siapakah identiti pengkhianat? *SPOILER*

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd