Bandai Namco Entertainment Asia dengan sukacitanya membuka bahagian hiburan dan mainan di salah satu pameran gamer terbesar di Asia Tenggara, Thailand Game Show 2022, yang sedang berlangsung hujung minggu ini dari 21 hingga 23 Oktober 2022.
Dalam pertunjukan kolektif daripada Bandai Namco untuk merealisasikan slogan mereka, “Fun for All into the Future”, Bandai Namco Entertainment Asia, BANDAI SPIRITS CO., LTD dan Bandai Namco Asia Co., Ltd telah bekerjasama untuk mempamerkan barisan luas produk mereka kepada pengunjung Thailand Game Show 2022 — termasuk ONE PIECE ODYSSEY, DORAEMON STORY OF SEASONS: Friends of the Great Kingdom dan DRAGON BALL: THE BREAKERS hingga ke koleksi dan figura daripada Gunpla, Banpresto dan Tamashii Nations.
“Kami sangat teruja untuk berhubung semula dengan peminat Thai secara peribadi sekali lagi apabila kami mendengar bahawa Thailand membenarkan acara fizikal — jadi kami bertekad untuk menjayakan Thailand Hame Show tahun ini.”
“Buat pertama kalinya, bersama dengan BANDAI SPIRITS CO., LTD dan Bandai Namco Asia Co., Ltd, kami berbangga untuk menyambut era baharu hiburan pasca pandemik ini dan terus membawa keseronokan kepada semua.”
kata Rainel Tan, Pengurus Besar, Jualan & Pemasaran, Bandai Namco Entertainment Asia.
Demo Game Eksklusif dan Pengumuman Khas
Di booth yang dibuka, pengunjung Thailand Game Show boleh mencuba demo eksklusif untuk game akan datang daripada Bandai Namco Entertainment Asia seperti Ace Angler: Fishing Spirits, DRAGON BALL: THE BREAKERS, Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival dan PAC-MAN WORLD RE-PAC. Selain itu, demo versi Thai untuk SD GUNDAM BATTLE ALLIANCE, ONE PIECE ODYSSEY dan DORAEMON STORY OF SEASONS: Friends of the Great Kingdom juga tersedia untuk dicuba oleh pelawat.
Selain daripada demo game eksklusif, pengumuman khas telah dibuat di acara tersebut. Sebagai contoh, producer DORAEMON STORY OF SEASONS: Friends of the Great Kingdom dan ONE PIECE ODYSSEY, Koji Nakajima dan Katsuaki Tsuzuki, mengambil bahagian di pentas utama – untuk memberi pengumuman eksklusif dan rakaman gameplay yang tidak pernah dilihat untuk dua judul akan datang.
DORAEMON STORY OF SEASONS: Friends of the Great Kingdom
Salah satu System Trailer untuk DORAEMON STORY OF SEASONS: Friends of the Great Kingdom didedahkan buat pertama kali di pentas utama — yang menampilkan rakaman gameplay tentang “cara-cara pemain boleh bersosial dengan penduduk kampung, di samping memberi petua dan tips untuk mendapatkan persahabatan mereka supaya dapat maju dalam game.”
Butiran pek DLC pertama untuk game itu turut dikongsi di atas pentas. Pek DLC, “Winter Life”, akan dikeluarkan pada 2 November 2022 — hari sama dengan tarikh pelancaran permainan. Pek DLC ini mengandungi pakaian untuk Noby (Nobita) dan rakan-rakan serta perabot — semuanya tertumpu pada tema musim sejuk. Senario mini yang boleh dimainkan turut disertakan dalam pek ini, yang menampilkan alat rahsia baharu.
Seterusnya, ciri gameplay baharu telah ditunjukkan oleh Koji Nakajima, di mana “cara pemain menternak dan membesarkan haiwan kini akan mempengaruhi penampilan haiwan tersebut.” Setakat mana haiwan itu dijaga oleh pemain akan membawa kepada perubahan dalam corak dan warna mereka.
DORAEMON STORY OF SEASONS: Friends of the Great Kingdom, akan diterjemahkan dalam Bahasa Indonesia dan bahasa Thai, serta akan dikeluarkan pada 2 November 2022 di Nintendo Switch, PlayStation 5 dan STEAM.
ONE PIECE ODYSSEY
Untuk ONE PIECE ODYSSEY, rakaman gameplay Alabasta telah didedahkan di pentas utama. Ini muncul selepas story trailer “Kingdom of Alabasta” yang dikeluarkan pada awal Oktober 2022.
Pengunjung turut dihidangkan dengan mesej khas daripada Marika Kohno, pelakon suara Lim, serta Kappei Yamaguchi, pelakon suara Usopp — yang ditayangkan secara eksklusif di zon ONE PIECE ODYSSEY di booth Bandai Namco Entertainment Asia. Mesej itu boleh dilihat di sini.
ONE PIECE ODYSSEY akan diterjemahkan ke Bahasa Indonesia dan Thai; dan akan dikeluarkan pada 12 Januari 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Versi STEAM akan tersedia pada hari berikutnya pada 13 Januari 2023.
Barisan koleksi mainan dan figura unik
Koleksi unik mainan dan model plastik berkaitan dengan IP utama telah dipamerkan di zon masing-masing — untuk menawarkan pandangan yang serba unik antara mainan dan game. Apa yang paling menarik adalah patung Gundam Aerial bersaiz gergasi di zon SD Gundam.
Untuk maklumat lanjut tentang Bandai Namco Entertainment Asia dan produk mereka, sila layari laman web di SINI. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang BANDAI SPIRITS CO., LTD dan Bandai Namco Asia Co., Ltd dan produk mereka, sila lawati layari laman web masing-masing.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Thailand Game Show 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post