Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game adventure hasil studio tempatan Malaysia- Magnus Games Studio, RE:LEGEND akan keluar untuk Steam pada Ogos ini!

505 Game akan menerbitkan game Co-op Multiplayer JRPG terkenal yang dibangunkan oleh studio Malaysia, Magnus Games.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 25, 2019
in Anime, Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Share on FacebookShare on Twitter

Re:Legend, permainan video co-op multiplayer adventure yang dibangunkan oleh studio tempatan Malaysia Magnus Games dan diterbitkan oleh 505 Games telah menang pelbagai anugerah. Antaranya ialah “Best Rising Star Award” untuk Asia Tenggara pada 2017 dan “Best Game Design” di persidangan Level Up Game di Malaysia. Berita gempak untuk peminat semua kerana Re:Legend akan datang ke Steam Early Access pada Jumaat, 30 Ogos! Re: Legend bermula daripada sebuah projek Kickstarter yang berjaya ditaja sepenuhnya dalam masa kurang dari 24 jam, dan menjadi permainan video paling dbiayai dalam sejarah Asia Tenggara.

Sebuah hibrid JRPG-simulator yang menggabungkan pertanian dan mekanik life-simulation dengan ciri membela raksasa dan multiplayer, Re:Legend mempelawa pemain untuk membina dan memperluaskan kampung mereka melalui pelbagai aktiviti simulasi kehidupan, yang termasuk pertanian, memancing, mereka alat dan banyak lagi. Beberapa komposer terkenal sedang bekerjasam di Re:Legend, termasuk pengasas Video Game Orchestra dan komposer terkenal Shota Nakama (Final Fantasy XV).

Berlangsung di dunia Ethia, pemain terbangun tanpa ingatan sebagai seorang wira legenda di Pulau Vokka. Pemain mesti menghidupkan kembali wira mereka, dan mencari jalan untuk mengingat masa lalu. Dengan belajar bagaimana untuk bertahan hidup seperti berkebun, menternak dan menangkap ikan, berkawan dengan penduduk kampung, memperluaskan kampung, mereka pelbagai senjata dan berlatih untuk pertempuran akan datang: pemain akan meningkatkan peluang untuk menjinakkan dan membela Magnus, makhluk-makhluk ajaib yang menghuni dunia menakjubkan ini.

Dengan Magnus di sisi, pemain boleh mengembara di mana saja, menghadapi cabaran yang mengancamkan, dan mencari Magnus yang lebih berkuasa dan akhirnya memulihkan ingatan yang hilang.

  • Cipta wira sendiri agar padan dengan citarasa peribadi anda dengan pelbagai pilihan customization unik.
  • Memelihara dan memperbesarkan Magnus anda, yang memberi impak kepada evolusi mereka untuk menjadi makhluk yang lebih kuat.
  • Berlawan dengan musuh bahaya dengan pilihan senjata sendiri dan Magnus di sisi.
  • Mahirkan kebolehan anda melalui latihan dengan skillset yang termasuk memelihara, kraf, pertempuran, dan lain-lain.
  • Bersosial bersama penduduk, menyertai perayaan, buat kawan baru, dan juga mencari jodoh.
  • Bermain sendiri di mode single-player atau bermain bersama empat kawan di multiplayer co-op.

Program Steam Early Access membolehkan pemain mengakses permainan video ini semasa fasa terakhir development dan menawarkan komuniti peluang untuk membantu pasukan development meningkatkan kualiti content terakhir. Dunia Ethia akan berkembang semasa program Steam Early Access dengan ciri bonus ditambahkan untuk pemain semasa pelancaran rasmi v1.0 game.

Re:Legend boleh didapati di Steam untuk PC dengan harga 19.99$ semasa Early Access pada 30 Ogos tetapi Malaysia sudah tentu mempunyai harga lain. Satu lagi berita istimewa ialah harga Re:Legend di Malaysia juga lebih murah! Selain itu, Re:Legend juga tidak akan diterbitkan buat masa ini di China atas isu lain. Apa-apa hal pun, sila lawat laman web rasmi Re:Legend atau laman Steam rasmi Re:Legend untuk maklumat lanjut! Jangan lupa tambah ke wishlist!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 505 GameEthiaJRPGMagnusMagnus GamesMalaysiaRe:Legendsteamsteam early access
Previous Post

Kenali Antara 10 Watak yang Terkuat di “One Piece”!!

Next Post

Epic mengumumkan Alan Wake & For Honor akan menjadi game percuma terbaru di Epic Games Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Epic mengumumkan Alan Wake & For Honor akan menjadi game percuma terbaru di Epic Games Store!

Epic mengumumkan Alan Wake & For Honor akan menjadi game percuma terbaru di Epic Games Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd