Game daripada adaptasi anime terkenal, Made in Abyss: Binary Star Falling into Darkness akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini di platform PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Game tersebut dibangunkan oleh Chime Corporation dan diterbitkan oleh Spike Chunsoft. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan adaptadi pertama untuk siri ini. Jadi, jom kita lihat perincian lebih lanjut mengenainya.

Made in Abyss: Binary Star Falling into Darkness merupakan game 3D Action RPG di mana pemain sendiri akan berada di dunia Abyss. Selain daripada mod cerita yang menghidupkan semula penceritaan anime, terdapat juga cerita original yang diawasi oleh Akihito Tsukushi, penulis siri. Banyak watak dari Made in Abyss muncul, dan adegan acara disuarakan sepenuhnya oleh pelakon anime. Peminat pasti akan menikmati fantasi gelap yang keunikan karya original.
Alami penceritaan anime Made in Abyss
Kisah ini bermula dengan pertemuan Riko dan Reg dalam episod pertama siri anime. Ia menandakan permulaan pengembaraan hebat mereka, dan mengembara ke Seeker Camp yang berada di lapisan kedua Abyss. Alami kuasa hebat Curse of the Abyss, serta entiti legenda yang menakjubkan dikenali sebagai makhluk purba. Bersedia untuk melihat dunia Riko dan rakan-rakannya.

Penceritaan baru Abyss
Satu lagi kisah berlaku beberapa hari selepas Riko dan Reg berlepas ke Abyss. Satu-satunya jurang dunia yang masih belum ditakluki, Abyss, adalah peringkat di mana banyak pengembaraan bermula…dan berakhir. Watak yang muncul sangat terpesona dengan kuasa Abyss dan mula untuk mencapai dasar kawasan itu. Kisah yang diceritakan adalah tentang sorang Cave Raider di dalam Abyss.
Berikut adalah ciri-ciri utama dalam Made in Abyss: Binary Star Falling into Darkness:
- Alami semula dunia Abyss dalam 3D Action RPG ini!
- Cerita original diawasi oleh Akihito Tsukushi!
- Main game dengan teks dan audio, bahasa Inggeris dan Jepun!
- Pelakon suara anime kembali dengan watak masing-masing!

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai game adaptasi Made in Abyss ini, boleh lawat laman rasmi mereka. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post