Square Enix telah melancarkan trailer baru bagi Valkyrie Elysium dengan mendedahkan tarikh pengeluaran bagi PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada 29 September 2022 manakala PC melalui Steam pada 11 November 2022. Dibangunkan oleh Soleil Ltd., game action RPG ini merupakan sambungan francais Valkyrie Profile yang dicipta oleh Masaki Norimoto.
Tentang Valkyrie Elysium
Game ini menggabungkan Einherjar dan sistem kombo khas siri yang membolehkan pemain menikmati pertempuran tiga dimensi dengan pantas. Art style yang unik menampilkan dunia yang sedang runtuh ketika Ragnarok muncul. Motoi Sakuraba kembali dengan membawa soundtrack yang epik ke dalam Valkyrie Elysium.
Anda akan bermain sebagai Valkyrie untuk mengharungi pelbagai musuh dan mesti menggunakan pelbagai senjata, magic dan kekuatan daripada pasukannya untuk mengelakkan kemusnahan dunia. Dia diamanahkan dengan takdir dunia oleh All-Father, dewa tertinggi dan penguasa semua ciptaan.

Ciri-ciri penting
- Action RPG berkelajuan tinggi – Melompat masuk ke dalam medan perang dan melakukan aksi berkelajuan tinggi dengan sistem Soul Chain baru. Gunakan pelbagai ability dan skill yang ada pada Valkyrie untuk melancarkan kombo yang memusnahkan.
- Einherjar – Summon Einherjar—roh pahlawan yang kuat dipilih oleh Valkyrie—untuk membantu anda dalam pertempuran! Summon Einherjar menjiwai Valkyrie dengan bonus elemen dan memberikan pemain kelebihan taktikal dalam pertempuran.
- Sistem Kombo dan Divine Art – “Art Gauge” diisi semasa pemain melakukan serangan bertubi-tubi J19 dan mengekalkan kombo. Menggunakan “Art Gauge” membolehkan Valkyrie melakukan teknik istimewa yang berkuasa dan dikenali sebagai Divine Arts.
- Upgrade dan Customization – Upgrade senjata, skill dan kombo Einherjar/Divine Arts untuk menyesuaikan dengan playstyle anda.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Valkyrie Elysium akan dilancarkan pada 29 September 2022 untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 serta PC melalui Steam pada 11 November 2022. Jadi, apa pendapat anda mengenai game seterusnya untuk francais Valkyrie Profile? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post