Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Forza Horizon 6 – Taktik “AFK” Untuk Kumpul Credit Pantas & Unlock Semua Kereta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2026
in Artikel, Berita, Panduan, Sukan/lumba
0 0
0
Forza Horizon 6 – Taktik “AFK” Untuk Kumpul Credit Pantas & Unlock Semua Kereta!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Forza Horizon 6 baru sahaja keluar, ramai pemain sudah mula mencari jalan pintas untuk mengelakkan proses “grinding” yang memenatkan.

Dengan menggunakan beberapa taktik pada peta custom dan tetapan accessibility, pemain boleh mengumpul credit serta skill point dengan melimpah-ruah tanpa perlu bersusah payah memegang controller.

Taktik ini mula mendapat perhatian ramai selepas didedahkan oleh YouTuber XMBWesley. Strateginya cukup mudah: gunakan “EventLab” untuk memperdayakan sistem AI supaya ia mengambil alih tugas pemanduan bagi pihak pemain.

Bagaimana Cara “Farm” Credit?

Kaedah paling popular setakat ini memerlukan kereta dan peta custom yang khusus. Pemain hanya perlu memilih kereta 1998 Subaru Impreza 22B-STI Version dan memasukkan kod peta 121 812 769.

Seterusnya, aktifkan fungsi accessibility seperti “Auto-Steering” dan “Assisted Braking” supaya game tersebut boleh memandu secara automatik. Di dalam litar custom ini, Subaru tersebut akan merempuh objek secara berterusan bagi membina “Skill Chain” yang besar.

Hasilnya, pemain akan dihadiahkan dengan banyak skill point dan credit sebaik sahaja acara tersebut tamat.

Skill pointsyang dikumpul kemudiannya boleh dilaburkan ke dalam “Mastery Tree” kereta untuk menebus pelbagai ganjaran tambahan seperti Super Wheelspin dan bonus tunai segera.

Taktik “Idle” – Tinggalkan Saja Konsol/PC

Jika mahukan cara yang lebih “rileks”, ada satu lagi eksploitasi menggunakan kod peta 197 337 317. Ini merupakan lumba jarak jauh yang memakan masa kira-kira 40 minit untuk diselesaikan.

Dengan menggunakan tetapan auto-steering yang sama, pemain hanya perlu “mengunci” butang pecut (trigger) pada controller menggunakan getah atau objek lain, kemudian tinggalkan konsol begitu sahaja. Apabila kembali nanti, lumba sudah pun selesai dan ganjaran sebanyak 100,000 kredit akan masuk ke akaun anda dengan begitu mudah.

Jalan Pintas Ini Tidak Bertahan Lama

Setakat hari ini, taktik tesebut masih berkesan sepenuhnya. Namun, jalan pintas sebegini biasanya tidak bertahan lama. Playground Games pasti akan membaiki (patch) isu “AFK farm” seperti ini dalam masa terdekat. Bagi mereka yang ingin memenuhkan garaj dengan pantas, inilah masanya untuk mencuba.

Tags: Forza Horizon 6Panduan
ShareTweetSend
Previous Post

Level-5 Dikecam Peminat – Amaran Cetak Rompak Dianggap “Tak Sedar Diri” Kerana Game Susah Dibeli Secara Sah

Next Post

POCO Umum Smartphone Bajet C81 Pro & Tablet Pad C1 – Harga Promo Bermula RM389!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
POCO Umum Smartphone Bajet C81 Pro & Tablet Pad C1 – Harga Promo Bermula RM389!

POCO Umum Smartphone Bajet C81 Pro & Tablet Pad C1 - Harga Promo Bermula RM389!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd