Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Foamstars Hands-On — Shooter Buih yang Menyeronokkan Dengan Muzik Hebat!

Maira by Maira
January 23, 2024
in Artikel, Berita, Game, Preview, PS4, PS5, Shooter
0 0
0
Foamstars Hands-On — Shooter Buih yang Menyeronokkan Dengan Muzik Hebat!
Share on FacebookShare on Twitter

Foamstars, game party shooter baharu daripada Square Enix bakal dilancarkan tidak lama lagi di konsol PlayStation 5 dan PlayStation 4. Sejak daripada pengumumannya ramai yang mengatakan game ini seolah-olah seperti Splatoon. Tetapi bagi kami ia tidak rasa seperti Splatoon langsung selepas mencuba bermainnya semasa preview khas media. Terdapat beberapa mode yang kami sempat mainkan selama sejam mencuba Foamstars dan ini merupakan pandangan pertama kami mengenainya!

Sumber: Square Enix

Mode yang kami telah mainkan semasa mencuba game ini adalah tiga mode multiplayer iaitu Smash the Star, Happy Bath Survival dan Rubber Duck Party. Setiap match dalam game ini agak pendek, dalam 5 hingga 8 minit. Walaupun begitu, ia agak menyeronokkan kerana kekecohan yang berlaku semasa bermain, lebih-lebih lagi dengan foam yang bersepah dalam arena.

Setiap mode yang kami sebutkan di atas mempunyai objektif berbeza, daripada escorting sehinggalah deathmatch. Antara ciri yang kami suka dalam game ini adalah “Star Player”, di mana jika anda hampir kalah, anda masih boleh membuat comeback dan menang jika mampu menumbangkan “Star Player”.

Sumber: Square Enix

Terdapat 8 watak yang tersedia untuk dicuba, dengan masing-masing mempunyai pistol serta kebolehan unik tersendiri. Jadi jangan lupa untuk mencuba kesemua watak ini nanti! Bercerita tentang visual game, ianya sangat berwarna-warni dan walaupun ia merupakan sebuah game party, ia mempunyai keluk pembelajaran yang sangat bagus. Jadi anda memang tidak akan ketinggalan semasa bermainnya dan mudah fahaminya.

Jangan sangka foam yang ditembak tiada guna, kerana ia juga boleh menjadi faktor kemenangan anda dalam game nanti. Foam yang pasukan anda tembak boleh memberikan bonus kepada kelajuan anda sendiri, tetapi jika musuh yang bergerak atasnya akan menjadi perlahan. Perkara sama juga yang akan berlaku kepada anda jika anda bergerak atas foam pihak lawan. Ia sangat membantu dalam misi escorting yang akan memperlahankan “carrier” pihak lawan. Foam ini juga boleh mengubah persekitaran, seperti membina bukit kecil yang boleh memberikan anda mendapat kelebihan kawasan tinggi untuk digunakan semasa misi. Ia juga sudah tentu boleh menjadi penghadang sementara anda daripada tembakan.

Sumber: Square Enix

Senang cerita, game ini sememangnya seronok dimainkan secara kasual, tetapi pada masa yang sama ia mempunyai peluang untuk menjadi game untuk pemain hardcore. Dengan sifat foam yang boleh mengubah persekitaran dalam arena pertarungan, anda pasti dapat menikmati serta berseronok menentang pemain berkemahiran walaupun anda tidak bagus dalam game FPS ataupun pemain kasual.

Memandangkan game ini tersedia di PS5, sudah tentu controller DualSense memainkan peranan juga. Semasa bermainFoamstars, controller terasa hebat dan selesa ketika bermain lebih-lebih lagi dengan banyak butang yang anda perlu tekan. Ia juga boleh mengakibatkan kekecohan apabila anda perlu slide untuk menyelamatkan rakan sepasukan atau menembak musuh.

Sumber: Square Enix

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda buat masa ini. Nantikan pelancaran Foamstars di PS5 dan PS4 pada 6 Februari ini! Kalau anda ada melanggan PlayStation Plus, Foamstars akan tersedia secara percuma untuk dituntut bermula 6 Februari sehingga 4 Mac 2024! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: FOAMSTARS
ShareTweetSend
Previous Post

Tekken 8 Review (PS5) – Konflik Jin & Kazuya Berterusan, Sistem Combat yang Sesuai untuk Semua Pemain!

Next Post

Foamstars Interview — Memperkenalkan Game Shooter Baharu Dalam Pasaran, Ingin Cipta Game Untuk Pelbagai Jenis Pemain!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Foamstars Interview — Memperkenalkan Game Shooter Baharu Dalam Pasaran, Ingin Cipta Game Untuk Pelbagai Jenis Pemain!

Foamstars Interview -- Memperkenalkan Game Shooter Baharu Dalam Pasaran, Ingin Cipta Game Untuk Pelbagai Jenis Pemain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd