Ansuran ke-3 yang dinanti-nantikan dalam trilogi Final Fantasy VII Remake kini secara rasmi sedang dalam pembangunan aktif, menurut Square Enix. Pengumuman ini dibuat semasa konvensyen G-CON 2024 di Korea Selatan, di mana penerbit Yoshinori Kitase dan pengarah Naoki Hamaguchi berkongsi perkembangan terkini projek ini dan mengusik tentang butiran menarik yang akan datang.

Menurut 4Gamer, Kitase mendedahkan bahawa plot untuk Final Fantasy VII Remake Part 3 telah dirangka, dan konsep keseluruhan game telah dimuktamadkan. Ini menandakan berakhirnya fasa pra-produksi permainan tersebut dan permulaan pembangunan secara penuh. Pengesahan ini memberikan jaminan kepada peminat bahawa bab terakhir trilogi ini sedang bergerak maju dengan mantap.

Salah satu pendedahan utama semasa konvensyen ini adalah mengenai penyertaan Highwind, kapal udara ikonik dari permainan asal. Menjawab spekulasi peminat, Hamaguchi mengesahkan bahawa Highwind tidak akan hanya digunakan sebagai sistem perjalanan pantas. Sebaliknya, ia akan memberikan kebebasan kepada pemain untuk terbang mengelilingi peta, memberikan pengalaman kapal udara yang sebenar.
Hamaguchi menjelaskan bahawa keputusan reka bentuk ini dibuat kerana Highwind memainkan peranan penting dalam jalan cerita FFVII Remake Part 3. Dengan membolehkan pemain meneroka dunia permainan dari “perspektif yang lebih tinggi,” Square Enix bertujuan untuk meningkatkan pengalaman naratif dan gameplay.

Walaupun Square Enix belum memberikan tarikh pelepasan rasmi untuk game ini, sekurang-kurangnya peminat boleh berasa lega kerana akhirnya bab terakhir trilogi ini sedang dalam pembangunan.
@gamersantaimy
Discussion about this post