Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FINAL FANTASY Pixel Remaster Akan Hadir ke PS4 & Switch Pada 20 April 2023!

Maira by Maira
April 6, 2023
in Artikel, Game, Nintendo Switch, PS4, RPG
0 0
0
FINAL FANTASY Pixel Remaster Akan Hadir ke PS4 & Switch Pada 20 April 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengumumkan bahawa siri Final Fantasy Pixel Remaster akan dilancarkan secara digital di PS4 dan Nintendo Switch pada 20 April 2023. Bukan setakat itu sahaja, untuk remaster ini, terdapat beberapa penambahbaikan serta kemas kini yang diberikan. Jom kita lihat lebih lanjut mengenainya.

Tentang FINAL FANTASY Pixel Remaster Series

Enam game pertama siri Final Fantasy telah mendapat kemas kini pada grafik dengan piksel 2D baru yang kelihatan hebat pada paparan HD. Selain itu, ia turut hadir dengan soundtrack yang digubah semula oleh komposer asal, Nobuo Uematsu. Gameplay juga ditambahbaik dengan UI yang lebih moden, pilihan auto-battle dan banyak lagi.

Kalau anda ingin tahu, FINAL FANTASY Pixel Remaster Series sudah dilepaskan pada PC melalui Steam dan mobile pada tahun 2022. Akhirnya ia tiba ke konsol PS4 dan Nintendo Switch.

FINAL FANTASY Pixel Remaster

Berikut adalah ciri menarik yang terdapat pada versi konsol game:

  • Tukar soundtrack
    • Terdapat dua versi soundtrack untuk setiap game iaitu versi baru dan versi original. Anda yang ingin bermain dengan soundtrack original, bolehlah mengubahnya.
  • Tukar Font
    • Anda boleh menggunakan font default atau font pixel-based untuk kelihatan seperti game original.
FINAL FANTASY Pixel Remaster
  • Tutup random encounters
    • Kadang-kadang mesti anda ingin meneroka dengan tenang. Jadi anda bolehlah gunakan ciri ini. Tiada lagi raksasa yang akan mengacau anda semasa meneroka.
  • Pengalaman yang disesuaikan
    • Terdapat ciri Boost yang membolehkan anda mendapatkan EXP sebanyak empat kali ganda! Jadi memang senang untuk anda bermain dengan lancar.

Lebih menarik sekali, anda boleh beli game ini secara bundle ataupun membeli tajuk yang diingini sahaja.

FINAL FANTASY Pixel Remaster

Untuk segala liputan kami tentang francais Final Fantasy, sila tekan pautan ini.


[Makluman]

Harap maklum, laman web kami sedang dikemas kini. Format artikel akan dibaiki sebaik sahaja penyelenggaraan selesai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: final fantasyFinal Fantasy Pixel Remastersquare enix
ShareTweetSend
Previous Post

Filem superhero baru Blue Beetle akan ditayangkan di Malaysia pada 17 Ogos 2023!

Next Post

Temui ROG Ally – Konsol handheld gaming terbaru dikeluarkan ROG!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Temui ROG Ally – Konsol handheld gaming terbaru dikeluarkan ROG!

Temui ROG Ally - Konsol handheld gaming terbaru dikeluarkan ROG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd