Studio Ghibli telah pun melepaskan filem anime terbaru mereka yang bertajuk “The Boy and The Heron” pada bulan Julai yang lalu di Jepun. Berita baiknya filem tersebut akan turut ditayangkan di Malaysia nanti! Diacah oleh Encore Films Malaysia, The Boy and The Heron akan temui peminat anime Malaysia tidak lama lagi!
Untuk pengetahuan anda, semasa filem ini ditayangkan buat pertama kali di Jepun, tiada sebarang trailer mahupun poster yang dikeluarkan. Hanya poster visual utama sahaja yang telah didedahkan. Walaupun begitu, filem tersebut masih mendapatkan sambutan yang hebat dari Jepun malah antara filem anime paling untung buat masa ini!

Dengan filem tersebut mendapat tayangan di luar negara, trailer rasmi The Boy and The Heron telah pun didedahkan, memperkenalkan watak utama filem buat kali pertama. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Kalau anda ingin tahu, The Boy and The Heron merupakan sebuah filem fantasi yang diinspirasikan oleh novel yang ditulis oleh Genzaburo Yoshino yang bertajuk “How Do You Live”. Novel tersebut menceritakan tentang perkembangan emosi dan falsafah seorang budak lelaki selepas kematian bapanya. Berikut adalah sinopsis untuk filem tersebut:
Mahito, seorang budak lelaki berusia 12 tahun, bergelut untuk menetap di bandar baru selepas kematian ibunya. Walau bagaimanapun, apabila seekor bangau yang boleh bercakap memberitahu Mahito bahawa ibunya masih hidup, dia memasuki menara terbiar untuk mencarinya, di sebuah dunia lain.

Anda yang memang minat pada filem-filem Studio Ghibli bolehlah nantikan tayangan The Boy and The Heron di Malaysia nanti. Buat masa ini, tiada tarikh rasmi yang dikongsikan oleh Encore Films Malaysia. Jadi kita nantikan sahaja kemas kini baru daripada mereka. Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post