Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Animasi ‘Death Stranding’ Dalam Pembikinan, Menampilkan Protagonis Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 23, 2025
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Filem Animasi ‘Death Stranding’ Dalam Pembikinan, Menampilkan Protagonis Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Kojima Productions bakal memperluaskan dunia permainan mereka ke dalam bentuk filem animasi. Semasa siaran langsung khas “Beyond the Strand” bagi meraikan ulang tahun ke-10 studio tersebut, pengarah game legenda Hideo Kojima telah mengumumkan sebuah projek filem animasi dengan tajuk sementara Death Stranding Mosquito.

Projek ini diterbitkan oleh Hideo Kojima sendiri dan menjanjikan penceritaan sebuah kisah original berlatarkan dunia Amerika pasca-apokalips. Bukannya sebuah adaptasi terus daripada game pertama pada tahun 2019 atau sekuel terbaharunya, Death Stranding 2: On the Beach (Jun 2025), filem ini akan meneroka naratif baharu dalam dunia yang musnah akibat peristiwa ghaib, di mana sempadan antara hidup dan mati menjadi kabur dan entiti spektrum yang dikenali sebagai BT (Beached Things) menghantui mangsa-mangsa yang terselamat.

Pasukan kreatif projek ini diterajui oleh bakat dari Jepun dan Barat. Filem ini diarahkan oleh Hiroshi Miyamoto dari ABC Animation Studio. Apa yang lebih menarik, skripnya ditulis oleh Aaron Guzikowski, penulis tersohor di sebalik filem thriller arahan Denis Villeneuve, Prisoners (2013) dan siri sci-fi HBO, Raised by Wolves.

Dari segi visual, filem ini akan jauh berbeza daripada CGI hiper-realistik yang digunakan dalam game. Kojima Productions mengetengahkan estetika tersendiri yang menggabungkan lukisan tangan secara digital. Studio ini meletakkan Death Stranding: Mosquito sebagai sebuah “filem animasi dewasa,” memetik tema matang projek-projek terkini seperti Predator: Killer of Killers (2025) dan prekuel anime John Wick yang akan datang sebagai rujukan gaya.

Jalan ceritanya akan memperkenalkan seorang protagonis baharu, sekali gus mengalihkan tumpuan daripada wira utama siri permainan video tersebut, Sam Porter Bridges (lakonan Norman Reedus).

Walaupun tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan, projek ini sedang dalam pembangunan aktif.

Tags: animasiDeath Stranding Mosquito
ShareTweetSend
Previous Post

Kojima Productions Mendedahkan Trailer Mengerikan Untuk Game Seram Akan Datang, OD

Next Post

[TGS25] Metaphor: ReFantazio Rangkul Grand Prize Di Japan Game Awards 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
[TGS25] Metaphor: ReFantazio Rangkul Grand Prize Di Japan Game Awards 2025

[TGS25] Metaphor: ReFantazio Rangkul Grand Prize Di Japan Game Awards 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd