Selalu kalau Transformers keluarkan mainan atau figura baru, mesti dalam bentuk robot kan? Tetapi kali ini berbeza pula sebab Kotobukiya telah umumkan figura Transformers Optimus Prime baru dalam versi Bishoujo! Memang lain daripada yang lain! Ia dirancang untuk keluar pada Januari 2023 dengan harga $149.99 (anggaran RM 662). Jom kita lihat lebih lanjut mengenai figura Transformers Optimus Prime Bishoujo ini!

Melalui trailer yang dimuat naik di saluran Youtube Kotobukiya, kita dapat lihat figura wanita yang memakai pakaian berdasarkan reka bentuk Optimus Prime. Bukan setakat itu sahaja, dia juga mempunyai topeng muka yang boleh dipakaikan! Ia juga didatangkan dengan tapak Autobot yang diwarnakan dengan cat metallic.
Figura ini dihasilkan dengan bahan ABS dan PVC, sama seperti kebanyakan figura yang ada dalam pasaran. Ia juga datang dengan saiz 23.5 cm. Boleh tahan tinggi juga. Anda boleh menonton video trailer tersebut di bawah.
Selain Optimus Prime, watak Transformer lain seperti Megatron dan Bumblebee juga akan mendapat figura mereka tersendiri. Reka bentuk untuk Megatron telah pun didedahkan dalam trailer tersebut manakala Bumblebee pula akan didedahkan kemudian. Nampaknya Bumblebee Bishoujo kita kelihatan seperti memakai hoodie. Kita nantikan pendedahan lanjut reka bentuknya nanti oleh Kotobukiya.
Kalau anda ingin tahu, barisan figura Transformers Bishoujo ini merupakan hasil kolaborasi antara Hasbro, Takara Tomy dan Kotobukiya. Ianya direka oleh Shunya Yamashita yang menggabungkan gaya bishoujo dengan francais robot terkenal, Transformers.
Amacam geng Transformers? Cantik juga figura ini untuk dibuat sebagai koleksi. Anda sudah boleh pra-daftar figura ini melalui kedai-kedai pengedar rasmi Kotobukiya. Anda boleh melihat senarainya di laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post