Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fast & Furious: Spy Racers Rise of Sh1ft3r diumumkan akan tiba pada November ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
May 28, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Fast & Furious: Spy Racers Rise of Sh1ft3r diumumkan akan tiba pada November ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, studio 3D Clouds dan penerbit, Outright Games telah mendedahkan butiran pertama mengenai Fast & Furious: Spy Racers Rise of Sh1ft3r. Game baru ini berdasarkan siri animasi Netflix, Fast & Furious: Spy Racers dan ia membawa genre interactive-adventure-online menurut Australian Game Rating Board.

Fast & Furious: Spy Racers Rise of Sh1ft3r akan tersedia untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC pada bulan November nanti. Game ini menawarkan pengalaman perlumbaan online seramai enam pemain yang diinspirasikan dari animasi Netflix, Rise of SH1fT3R, dimana pasukan Spy Racer akan menghalang kumpulan SH1FT3R dari memenangi “cutting-edge vehicle”.

Selain itu, pemain boleh bermain dengan watak hero seperti Tony Toretto, Echo, Cisco, Layla Gray dan mencuba kumpulan SH1FT3R, iaitu Shashi Dar, Moray serta Rafaela Moreno. Dalam mod local co-op, multiplayer, dan single-player, anda boleh menggunakan spy gear dan membuat penyesuaian pada kereta untuk jadikannya lagi hebat semasa berlumba di lima lokasi seperti Los Angeles, Rio de Janeiro dan Sahara Desert.

Tambahan pula, game ini akan mengikuti dari tajuk siri racing Fast & Furious sebelum ini, iaitu Fast & Furious: Crossroads yang dilancarkan pada tahun lalu. Namun game tersebut gagal mendapat perhatian dari ramai pemain serta telah menerima banyak review yang teruk. Jadi Crossroads boleh dikatakan sebagai game yang tidak berjaya.

Fast & Furious: Spy Racers telah ditayangkan di Netflix pada akhir 2019, dengan bintang francais Vin Diesel menjadi eksekutif produser dan memegang watak abang sulung kepada Tony Toretto, iaitu protagonis siri ini. Spy Racers mengisahkan tentang sekumpulan pelumba kereta remaja yang berjaya memasuki organisasi jenayah perlumbaan dan ia mempunyai 30 episode dalam empat musim berbeza serta akan muncul musim kelima tidak lama lagi.

Nampaknya Fast & Furious: Spy Racers Rise of Sh1ft3r akan menjadi menarik untuk peminat francais Fast & Furious mencuba benda baru dalam game tersebut. Apa-apa nanti kami akan update kepada anda semua mengenai perkembangan game ini.

Sumber: ScreenRant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Cyberpunk 2077 menggantikan pengarah permainan untuk betulkan keadaan semula!

Next Post

Relayer akan dikeluarkan secara Global tahun ini di PS4 dan PS5!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Relayer akan dikeluarkan secara Global tahun ini di PS4 dan PS5!

Relayer akan dikeluarkan secara Global tahun ini di PS4 dan PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd