Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Farming Simulator 26 Datang Ke Nintendo Switch Dengan Cabaran Baharu, Akan Keluar Mei 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 27, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Simulator
0 0
0
Farming Simulator 26 Datang Ke Nintendo Switch Dengan Cabaran Baharu, Akan Keluar Mei 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Farming Simulator 26 akan tiba di Nintendo Switch pada 19 Mei 2026, membawa pelbagai ciri baharu untuk para petani maya di seluruh dunia.

Game ini meneruskan legasi Farming Simulator 23: Nintendo Switch Edition, tetapi kali ini dengan kelainan. Pembangun GIANTS Software telah menambah sistem cabaran serba baharu. Pre-order untuk versi fizikal dan digital kini dibuka.

Farming Simulator 26 memperkenalkan dua map baharu – satu berlatar belakangkan Eropah dan satu lagi di Amerika Utara. Kedua-dua lokasi ini memberi ruang kepada pemain untuk membina ladang impian sambil menyelesaikan pelbagai “in-game challenges” yang turut berfungsi sebagai panduan.

Cabaran-cabaran ini bukan sekadar tugasan. Ia membimbing pemain melalui keseluruhan produksi, seperti menukar gandum menjadi kek dengan menghantar ke kilang pengisar dan seterusnya ke kilang pemprosesan. Selain cabaran biasa, ada juga objektif mingguan dan bermusim yang menawarkan ganjaran apabila diselesaikan.

Setia dengan identiti siri ini, game ini memberikan kawalan penuh kepada anda dalam menguruskan ladang mengikut cara sendiri. Tanam dan tuai sehingga 15 jenis tanaman, terokai aktiviti perhutanan dengan jentera berat, serta pelihara ternakan termasuk lembu, biri-biri, ayam, dan kambing.

Rantaian produksi dan sistem logistik baharu menambah mekanik kepada pengalaman bertani, menjadikannya terasa lebih realistik.

Salah satu tarikan terbesar siri Farming Simulator sentiasa terletak pada jentera, dan edisi kali ini tidak mengecewakan. Game ini menampilkan peralatan daripada pengeluar terkemuka termasuk Kubota, Case IH, CLAAS, DEUTZ-FAHR, Fendt, John Deere, KRONE, Massey Ferguson, New Holland, dan Valtra.

Pemain boleh mengendalikan lebih daripada 120 jenis mesin berbeza pada versi Switch sahaja, merangkumi traktor, combine harvester, hinggalah ke sprayer khusus. Setiap peralatan dimodelkan berdasarkan jentera sebenar.

GIANTS Software mereka edisi Nintendo Switch dengan mengutamakan kemudahan bermain. Game ini dilengkapi GPS guidance system untuk membantu menavigasi ladang yang luas serta sistem tutorial yang dipertingkat supaya pemain baharu lebih mudah mempelajari asas permainan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Farming Simulator 26
ShareTweetSend
Previous Post

STRANGER THAN HEAVEN – Bawa Pemain Ke 5 Era Sejarah Jepun, Cameo Snoop Dogg, Kaitan Dengan Yakuza?

Next Post

Pokémon Champions Dipilih Sebagai Game Rasmi Malaysia Master Ball League VGC 2025-26!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Pokémon Champions Dipilih Sebagai Game Rasmi Malaysia Master Ball League VGC 2025-26!

Pokémon Champions Dipilih Sebagai Game Rasmi Malaysia Master Ball League VGC 2025-26!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd