Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fall Guys kini PERCUMA di PS, Xbox, Switch & PC – Download sekarang!

safwan by safwan
June 21, 2022
in Artikel, Battle Royale, Berita, Epic Store, Game Percuma, Nintendo Switch, Platformer, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Fall Guys kini PERCUMA di PS, Xbox, Switch & PC – Download sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring dengan pelancaran di Xbox dan Switch, Fall Guys kini boleh didapatkan secara percuma buat selama-lamanya di Epic Games Store, PS4 dan PS5. Sebelum ini, ianya telah dilancarkan pada tahun 2020 di PS4, PS5 dan PC melalui Steam dengan tanda harga RM 39.00.

Selepas ini, Fall Guys tidak lagi tersedia di Steam dan berpindah ke Epic Games Store. Kepada pemain yang risau akan progress mereka di Steam, perkara itu semua tidak akan terjejas. Kepada mereka yang ingin mengeruskan bermain, anda boleh mendapatkan game ini di Epic Games Store.

Kepada yang telah memiliki Fall Guys sebelum ini, Mediatonic akan memberikan “Legacy Pack” dan Season Pass secara percuma kepada anda. Kedua-dua item tersebut mempunyai banyak skin kosmetik yang boleh digunakan semasa bermain. Bukan setakat itu sahaja, progression dan kudos dalam game pun tidak terjejas.

Selain itu, Mediatonic juga telah mengesahkan bahawa game ini akan mempunyai cross-play dan cross-progression di mana mereka membenarkan anda bermain bersama rakan tanpa perlu risau dengan platform yang digunakan.

Mesti diantara anda ada yang tertanya-tanya apa yang baharu dalam Fall Guys Free to Play. Mereka akan menambah banyak ciri-ciri, halangan, mini game baharu dan banyak lagi ke dalam season baharu ini.

Untuk mini game, mereka akan menambah Blast Balls yang merupakan pusingan terakhir di mana pemain membaling bola lalu meletup dalam masa tertentu. Hex-a-Ring pula adalah versi Hex-a-Gone yang berpusing. Pemain perlu sentiasa bergerak untuk menyelamatkan diri daripada jatuh ke dalam slime. Selain daripada mini game tersebut, terdapat juga The Swiveller, Speed Circuit dan banyak lagi.

Kepada sesiapa yang tidak mengenali Fall Guys, ia merupakan game platform battle royale yang mengandungi seramai 60 pemain yang mengawal jellybean dan bersaing satu sama lain untuk mencapai kemenangan. Setiap game yang anda akan masuk mempunyai mini game yang berbeza dan diberi secara rawak. Jadi, pemain perlu menggunakan segala strategi untuk melepasi mini game dengan lebih cepat.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Fall Guys kini boleh dimainkan secara percuma di Epic Games Store, PS4, PS5, Xbox one, Xbox Series X|S dan Switch. Jadi, mesti diantara anda tidak sabar untuk bermain game ini. Untuk lebih banyak berita menarik mengenai Fall Guys, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FALL GUYSFall Guys Free For All
Previous Post

Ninja pesan kepada streamer baru, “Elakkan main game besar seperti Fortnite, CoD, Apex”

Next Post

Bekas juara dunia LoL, ‘Toyz’ mengaku bersalah atas kesalahan mengedar dadah

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Bekas juara dunia LoL, ‘Toyz’ mengaku bersalah atas kesalahan mengedar dadah

Bekas juara dunia LoL, 'Toyz' mengaku bersalah atas kesalahan mengedar dadah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd