Cara kita menghargai seni amat berbeza, terutama seni yang berkaitan dengan genre kontemporari. Karya seni klasik amat berharga kerana ia membawa banyak kepentingan sejarah dan budaya yang tinggi, lantas membuatkan harganya sangat tinggi di acara lelong. Untuk jenis kontempori, karya ini lebih sukar untuk difahami, dan itu yang membuatkan saya terkejut apabila sebuah fail JPG dijual pada nilai harga RM247 juta!


Pada dasarnya, gambar ini adalah koleksi untuk semua karya yang dimuat naik oleh Beeple setiap hari sejak tahun 2007. Bermula pada nilai harga $100, tetapi dalam beberapa minit terakhir acara lelongan, harganya meningkat berlipat kali ganda, apabila lebih dari 180 bidaan tiba-tiba masuk. Karya ini hampir dijual pada $30 juta, tetapi pada saat-saat akhir, 33 bidaan baru masuk, sehinggalah ia akhirnya dijual pada nilai harga $69.3 juta (anggaran RM247 juta) termasuk yuran.

Bagi mereka yang tidak tahu, sebenarnya ini adalah jumlah ketiga terbesar yang pernah dijual untuk karya dari artis yang masih hidup, jadi ia terkenal kerana beberapa sebab. Walau apa pun, nilai harganya yang tinggi untuk sesuatu yang kelihatan begitu “normal” pasti akan menjadi buah mulut.
Pandangan setiap individu tentang seni sangat berbeza antara satu sama lain, jadi masing-masing ada cara mereka sendiri. Ada yang akan kata bahawa karya tertentu ini terlalu “over rated“, manakala ada yang berpendapat bahawa karya ini sepadan dengan nilai harganya. Tetapi apakah pendapat anda? Padankah sebuah JPG dijual pada nilai harga RM247 juta?
Sumber – New York Times, Beeple
@gamersantaimy
Discussion about this post