Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

F1 2022 dilancarkan pada 1 Julai untuk konsol utama dan PC

safwan by safwan
April 22, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Origin, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
F1 2022 dilancarkan pada 1 Julai untuk konsol utama dan PC
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, EA Sports dan Codemasters telah mengumumkan bahawa F1 2022 akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Julai 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.

F1 2022 menampilkan Kejohanan Dunia Formula One FIA 2022 dengan kereta hybrid baharu dan peraturan yang ditambah baik termasuk perlumbaan F1 Sprint. Pembaharuan yang dibuat dalam game ini adalah Autodrom Antarabangsa di Grand Prix Miami dan kemas kini trek yang akan membawa korang ke Australia, Sepanyol dan Abu Dhabi.

Game ini menjanjikan pengalaman perlumbaan yang bersesuaian dengan pilihan tema, immersive dan mempunyai gaya siaran langsung termasuk Formation Lap, Safety Car period dan Pit Stop.

Ciri yang dikembalikan termasuk mode 10-year Career, My Team dan multiplayer, tetapi pengumuman hari ini tidak menyertakan sebarang maklumat tentang mode cerita, yang tidak tersedia kerana kekangan masa.

Seperti yang dibocorkan sebelum ini, F1 2022 menyertakan mode baharu yang dipanggil F1 Life, membolehkan korang melangkah ke dunia glamor Formula 1. Ia digambarkan sebagai hab yang boleh diubah suai untuk mempamerkan koleksi supercar, pakaian dan aksesori yang diperoleh melalui game.

Selain itu, EA mengatakan terdapat pilihan latihan yang diperbaharui, AI adaptif dan pengendalian baharu untuk F1 2022. Ia membolehkan korang yang kurang berpengalaman bertindak dengan lebih cepat tanpa perlu memahami kerumitan sukan ini. F1 2022 versi PC juga akan menyokong fungsi VR melalui Oculus Rift dan HTC Vive.

Korang boleh pra-tempah Edisi Champion F1 2022 sekarang dan dapatkan akses awal tiga hari serta pek kandungan inspirasi Miami edisi terhad jika dibeli sebelum 16 Mei. Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Cepat dapatkan F1 2022 berserta kandungan edisi terhad di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. Untuk lebih banyak berita menarik tentang F1, sila klik pautan ini.

Sumber: EA

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: F1 2022
Previous Post

Sekuel anime Shaman King diumumkan, memaparkan generasi baru Shaman!

Next Post

Tajuk rasmi filem adaptasi Dungeons & Dragons telah didedahkan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Tajuk rasmi filem adaptasi Dungeons & Dragons telah didedahkan!

Tajuk rasmi filem adaptasi Dungeons & Dragons telah didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd