Pada dua hari lepas, kami mendapat pengesahan rasmi bahawa siri Eyeshield 21 akan mengeluarkan projek “one-shot” baharu sempena ulang tahun ke-21 siri manga. Sempena itu, pelukis original Yusuke Murata telah berkongsi animasi khas bagi projek tersebut:
「アイシールド21」21周年特別読み切りの告知アニメを作ってます。音声と効果がまだ入ってない状態ですが一旦アップ。 pic.twitter.com/c3LjT47Fw8
— 村田雄介 (@NEBU_KURO) June 5, 2023
Video anime di atas dimuat naik melalui Twitter rasmi Yusuke Murata (pelukis One-Punch Man dan Eyeshield 21) dan berdurasi hanya 43 saat. Diarahkan olehnya dan dianimasikan oleh Village Studio, video itu tidak menampilkan sebarang audio atau lakonan suara. Di sini, Murata menjelaskan bahawa dia akan memuat naik “versi lengkap” bersama pengumuman rasmi untuk one-shot pada kemudian hari.

Buat masa ini, maklumat tentang one-shot Eyeshield 21 itu tidak dikongsikan tetapi kita tahu projek itu dipanggil Brain x Brave. Adakah ini projek anime atau manga? – Maklumat itu juga dirahsiakan tetapi moga-moga kita dapat info baharu dalam masa terdekat.
Apa itu Eyeshield 21?

Buat mereka yang tidak tahu, Eyeshield 21 ialah siri manga tentang Bola Sepak Amerika yang ditulis oleh Riichiro Inagaki dan diilustrasikan oleh Yusuke Murata. Manga ini asalnya disirikan dalam Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha dari Julai 2002 hingga Jun 2009 dan mengandungi 333 bab.
Kemudian, adaptasi anime pula menyusul dan terdiri daripada 145 episod televisyen. Siri anime diterbitkan oleh TV Tokyo, NAS dan Gallop dan disiarkan dari April 2005 hingga Mac 2008. Selepas itu, francais Eyeshield 21 telah menghasilkan dua animasi video original (OVA), album audio, permainan video dan barangan lain.

Sinopsis
Pemalu, pendiam dan bertubuh kecil, pelajar Sekolah Menengah Deimon, Sena Kobayakawa, adalah mangsa yang sesuai untuk pembuli. Akibat berlari sepanjang hidup, Sena menjadi tangkas dan mengembangkan kemahirannya untuk mengelakkan orang ramai.
Selepas Youichi Hiruma —kapten pasukan Deimon Devil Bats—menyaksikan pergerakan pantas Sena, dia memaksa budak yang pemalu itu menyertai skuadnya. Memandangkan Hiruma ingin menyembunyikan identiti Sena daripada kelab lain, Sena terpaksa bersembunyi di bawah topi keledar “Eyeshield 21”.
Terbiasa mengelak daripada masalah, kepakaran Sena mungkin dapat membantunya menjadi senjata rahsia dalam Deimon Devil Bats.

Baca segala liputan kami tentang Eyeshield 21 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post