Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Echoes of Aincrad – Gameplay Baru Dedahkan Sistem Combat & Aspek Customization!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 17, 2026
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Echoes of Aincrad – Gameplay Baru Dedahkan Sistem Combat & Aspek Customization!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena acara Galaxies Spring 2026, Bandai Namco bersama Game Studio telah mendedahkan gameplay terbaharu bagi judul RPG aksi akan datang, Echoes of Aincrad.

Video tersebut memberikan gambaran mengenai mekanik gameplay berlatarkan istana terapung 100 tingkat; iaitu lokasi ikonik di mana bermulanya saga Sword Art Online.

Berbeza dengan beberapa game sebelum ini yang menggunakan latar “Underworld” atau “Gun Gale”, Echoes of Aincrad cuba menghidupkan semula debaran serta suasana cemas “permainan maut”, namun diperkemaskan dengan sistem combat yang lebih moden dan lancar.

Secara am, Echoes of Aincrad mengekalkan elemen RPG klasik. Sambil pemain bertarung di setiap tingkat istana, mereka akan mengumpul ‘growth point’ yang boleh digunakan untuk meningkatkan atribut watak.

Anda diberi kebebasan sepenuhnya untuk membina watak mengikut gaya permainan sendiri; sama ada mahu memfokuskan kepada kekuatan fizikal (strength), ketangkasan (dexterity), atau daya tahan (stamina) bagi menghadapi perlawanan bos yang memakan masa lama.

Selain daripada statistik watak, aspek customization turut merangkumi pilihan senjata dan set perisai yang sangat pelbagai. Untuk terus bertahan di tingkat yang lebih tinggi dan mencabar, pemain perlu kerap mengunjungi ‘Smithy’.

Di sini, menaik taraf kelengkapan bukan lagi sekadar pilihan, tetapi satu keperluan wajib jika anda berhasrat untuk menumbangkan bos-bos gergasi yang menghalang laluan ke puncak.

Satu lagi ciri menarik yang ditonjolkan adalah sistem partner. Dalam game ini, anda tidak akan berjuang sendirian; sebaliknya, kejayaan bergantung kepada sejauh mana anda mampu menyelaraskan serangan dengan rakan AI.

Sistem combat ini berpaksikan mekanik “Switch” yang membolehkan pemain bertukar peranan dengan rakan sepasukan secara spontan di tengah-tengah pertarungan. Anda boleh mengarahkan rakan untuk bertindak sendiri bagi mengalih perhatian musuh, atau menunggu masa yang tepat untuk melancarkan ‘chain attack’ berbisa.

Lebih menarik, setiap rakan mempunyai Special Skill yang tersendiri dan unik.

Echoes of Aincrad: Sword Art Online akan membuat pelancaran global pada 10 Julai 2026. Game ini akan tersedia untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan juga PC melalui Steam.

Tags: Echoes of Aincrad
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Live-Action ‘Call of Duty’ Akan Tayang Tahun 2028!

Next Post

Xiaomi Lancar REDMI A7 Pro – Skrin Besar & Bateri Gergasi Bawah RM 400!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Xiaomi Lancar REDMI A7 Pro – Skrin Besar & Bateri Gergasi Bawah RM 400!

Xiaomi Lancar REDMI A7 Pro - Skrin Besar & Bateri Gergasi Bawah RM 400!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd