Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[E3 2021] Razer mengumumkan Raptor 27 (2021), monitor THX® pertama di dunia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 15, 2021
in Artikel, Berita, Monitor, Pameran/Expo, Teknologi
0 0
0
[E3 2021] Razer mengumumkan Raptor 27 (2021), monitor THX® pertama di dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Razer hari ini mengumumkan versi terbaru untuk monitor gaming Razer Raptor 27 (2021)! Dengan paparan 165Hz dan masa respons 1ms, Raptor 27 sepatutnya memenuhi jangkaan untuk kualiti gambar dan kelajuan yang diperlukan bagi kadar bingkai tinggi dan permainan AAA resolusi tinggi.

Razer Raptor 27 adalah monitor PC pertama di dunia yang mempunyai pensijilan THX, selepas menjalani lebih daripada 400 ujian untuk memastikan warna, tona dan gambar sepadan dengan tujuannya, iaitu kualiti gambar dan tahap terperinci yang menakjubkan. Bersama refresh rate setinggi 165Hz, paparan IPS wide-angle di Razer Raptor 27 menawarkan resolusi QHD (2560×1440) dengan sokongan untuk kedua-dua teknologi sinkronisasi adaptif AMD FreeSync Premium dan NVIDIA G-Sync.

Dengan DCI-P3 gamut warna seluas 95% dan kemampuan HDR400, Razer Raptor 27 menawarkan warna yang pekat dan mendalam untuk membawa sesi gaming, produktiviti, dan hiburan ke tahap visual yang lebih tinggi. Razer Raptor 27 juga mengekalkan reka bentuk lama dengan kemasan hitam-matte yang elegan dan tapak aluminium, kain bertekstur di  bahagian belakang dan ruang pengurusan kabel di bahagian belakang.

Raptor 27 juga menampilkan pencahayaan Razer Chroma RGB hingga 16.8 juta warna dan pelbagai kesan pencahayaan, yang dapat digunakan dengan peranti lain yang serasi dengan Synapse 3. Pengguna juga dapat mengubah tetapan Raptor 27 seperti warna, kontras dan kecerahan secara langsung melalui perisian Razer Synapse 3.

Untuk fleksibiliti maksimum, Razer akan melancarkan VESA Mount Adapter yang dijual secara berasingan. Adaptor ini direka untuk semua model Raptor, dan menambah mounting stand VESA ke belakang monitor Raptor, supaya pengguna boleh meletak monitor di mana-mana posisi yang selesa.

Razer Raptor 27 (2021) akan dilancarkan seawal Q3 2021 pada nilai harga USD $799.99 (anggaran RM3,286.36) di Razer.com dan pengedar terpilih. Razer VESA Mount Adapter pula akan dilancarkan pada tempoh waktu yang sama dengan nilai harga USD $99.99 (anggaran RM410.76) secara eksklusif di Razer.com.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: E3monitorrazerRazer Raptor 27Razer VESA Mount Adapter
Previous Post

[E3 2021] Razer mengumumkan Razer Blade 14 (2021) & Razer USB-C GaN Charger!

Next Post

[E3 2021] Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin akan menerima demo pada 25 Jun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Berita

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

June 5, 2025
Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!
Berita

Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!

June 5, 2025
Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!
Berita

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!

June 5, 2025
Next Post
[E3 2021] Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin akan menerima demo pada 25 Jun ini!

[E3 2021] Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin akan menerima demo pada 25 Jun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd