Baru-baru, ini siri game Puyo Puyo Tetris telah berjaya menjual 3 juta unit di seluruh dunia. Untuk memperingati pencapaian penting ini, SEGA akan mengadakan jualan masa terhad untuk siri game Puyo Puyo Tetris versi digital di platform PlayStation 4, PlayStation 5 dan Nintendo Switch.

Di sini beberapa game terpilih akan mempunyai diskaun sebanyak 50%. Khususnya, Puyo Puyo Tetris 2, dan Puyo Puyo Tetris kini boleh didapati pada harga yang lebih murah. Jika anda berminat dengan game ini, jangan terlepas peluang ini!
Kedua-duanya mempunyai gameplay yang lebih kurang sama jadi saya akan menjelaskan tentang Puyo Puyo Tetris 2 memandangkan ia lebih baharu.
Puyo Puyo Tetris 2 menampilkan pelbagai game mode, termasuk Skill Battle di mana kemahiran watak yang kuat boleh mengubah landskap perlawanan; Adventure Mode di mana anda mesti menavigasi dunia baru dan menyelamatkan rakan; dan Lessons mode yang menyediakan tutorial interaktif kepada pemain baru untuk membantu mereka membiasakan diri dengan game.

Bukan itu sahaja, pemain boleh mencuba gameplay kompetitif dan co-op dengan sehingga 3 pemain lain.
Tempoh jualan: 20 Disember 2023 – 5 Januari 2024
- PS5 Puyo Puyo Tetris 2 – Diskaun 50%
- PS4 Puyo Puyo Tetris 2 – Diskaun 50%
Tempoh jualan: 20 Disember 2023 – 2 Januari 2024
- Nintendo Switch Puyo Puyo Tetris 2 – Diskaun 50%
Tempoh jualan: 5 Januari 2024 – Januari 17, 2024
- PS4 Puyo Puyo Tetris Special Price – Diskaun 50%
Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post