Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa Roller Champions akan memulakan ujian alpha tertutup (selama dua minggu) pada Windows PC bermula 11 Mac. Permainan multiplayer ala-ala Rocket League ini pertama kali diumumkan pada E3 2019.
Roller Champions menampilkan dua pasukan yang terdiri daripada tiga pemain. Kedua-dua pasukan ini harus bertarung sesama sendiri dalam litar bulat untuk memiliki bola. Pemain hanya boleh memenangi perlawanan dengan membalingkan bola tersebut melalui gelung dengan mata terbanyak diberi kepada pemenang. Kemenangan pula hanya boleh dicapai melalui kerjasama antara rakan sepasukan untuk menembus pertahanan pihak lawan.
Developer Ubisoft Montreal mendedahkan bahawa versi Roller Champions terkini akan menambah pilihan character customization; pergerakan baru seperti menyelam dan “flying tackle“, dan abiliti pasukan istimewa di mana satu pemain mengawal dron di udara untuk bergerak di litar sambil menangkis serangan musuh. Ujian ini juga akan mempamerkan arena terbaru, Chichen Itza, sebuah bandar Maya kuno, bersama dua arena misteri lain.
Roller Champions akan tersedia melalui Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, iOS, Android dan Windows PC melalui uPlay. Tarikh rasmi untuk Roller Champions belum diumumkan, tapi apa-apa maklumat baru, akan saya terus laporkan.
@gamersantaimy
Discussion about this post