Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV Lord of Hatred – Panduan Leveling Pantas & Menguasai End Game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 18, 2026
in Action, Artikel, Battle.net, Berita, DLC, DLC berbayar, Panduan, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Diablo IV Lord of Hatred – Panduan Leveling Pantas & Menguasai End Game!
Share on FacebookShare on Twitter

DLC Diablo IV: Lord of Hatred membawa ancaman dan cabaran baharu di Sanctuary, namun adakah anda benar-benar bersedia untuk menghadapinya? Panduan komprehensif ini akan membantu anda semua level up dengan pantas, mengoptimumkan build watak, dan mendominasi segala cabaran yang menanti.

Fasa Leveling

  • Pemilihan Campaign: Pemain yang memiliki DLC mesti memilih Campaign Lord of Hatred semasa mencipta watak.
  • Tahap Kesukaran (Difficulty): Main pada tahap Normal atau Hard. Hard adalah pilihan yang lebih baik; ia memaksimumkan kelajuan dan membantu anda mencapai level 40–50 di penghujung cerita. Memandangkan Torment Difficulty kini berskala sehingga T12, anda tidak perlu tergesa-gesa bermain di tahap yang sukar pada awal permainan. Tingkatkan tahap kesukaran secara perlahan-lahan seiring dengan kekuatan watak anda.
  • Pusat Utama: Jadikan Temis sebagai pangkalan operasi utama. Urusan seperti Mercenary Bartering, portal Undercity, dan meja War Plan semuanya terletak di sini. Untuk menjadikannya sebagai default town, right-click pada waypoint di dalam peta dan tandakannya sebagai favourite. Anda akan sentiasa kembali ke sini setiap kali pulang ke bandar.
  • Leveling Pantas: Gunakan strategi Helltide + Whispers di antara misi campaign. Terus pergi ke kawasan Accursed Rituals di dalam Helltide; ini adalah sumber XP yang paling padat dan lumayan untuk watak berlevel rendah.

Sistem Mercenary

Pale Mark & Lair Key

Menaikkan level Mercenary akan memberikan ganjaran Pale Mark. Gunakannya pada NPC Fayira di The Den untuk membeli Lair Key. Terdapat 1 restock percuma setiap hari, jadi pastikan anda menyemaknya setiap hari.

Mercenary Yang Disyorkan

  • Subo (The Tracker) — Keutamaan Tinggi: Rekrut dia secepat mungkin. Kebolehan Sense miliknya akan memaparkan lokasi sumber dan musuh pada mini-map. Ini akan sangat menjimatkan masa kita semasa meneroka.
  • Raheir (The Shield Bearer) — Pakar Survival: Memberikan damage reduction dan shield yang sangat kuat. Amat disyorkan untuk build jenis glass-cannon (damage tinggi tetapi cepat mati) atau pemain yang susah untuk bertahan hidup dalam combat.

War Plan Adalah End Game Yang Sebenar

War Plan adalah sistem kemajuan end game yang paling utama. Bermain secara co-op party amat disyorkan di mana semua ahli party yang hadir boleh mendapat ganjaran apabila sesebuah node diselesaikan.

Susunan Keutamaan Aktiviti

  1. Lair Boss — Sangat penting untuk menggandakan loot melalui Nemesis Lair dan Lair of Plenty. Sumber terbaik untuk mendapatkan Unique item.
  2. Pit — Sangat kritikal untuk mempercepatkan proses menaikkan level Glyph melalui Choron’s Haste, Heart of the Stone, dan Damned Thieves.
  3. Undercity — Tempat terbaik untuk target farming item-item yang spesifik. Akan buka Gutter Filth dan Initiative.
  4. Helltide — Kaedah paling bagus untuk farming XP, terutamanya semasa melawan Meat Brothers.
  5. Nightmare Dungeon— Keutamaan paling rendah. Terutamanya digunakan untuk farming Primordial Dust.

Tips Strategi Utama

  • Utamakan Experience Gain pada skill tree War Plan terlebih dahulu. Lakukan aktiviti War Plan dengan segera; node memerlukan point untuk dibuka. Jika berlengah, kecekapan farming akan banyak terjejas.
  • Jangan paksa diri untuk menyelesaikan setiap node. Selepas berjaya farm sumber yang cukup, reroll War Plan untuk melangkau node yang sudah tidak lagi memberi nilai.

Jangan Lepaskan Ganjaran Musim

Selesaikan milestone Season Award dari awal. Laluan Season akan memberikan:

  • 5 bonus Skill Point
  • 20 bonus Paragon Point

Apabila menaik taraf Season Blessings (Urn), ikut susunan keutamaan ini:

  1. Urn of Ancestral Whispers
  2. Urn of Reclamation
  3. Urn of Curiosities
  4. Urn of Glyphs
  5. Urn of Masterworking

Horadric Cube

Horadric Cube merupakan salah satu sistem terpenting dalam versi kali ini. Ia merangkumi proses crafting item, naik taraf, dan manipulasi affix (status tambahan).

Menaik Taraf Item

  • Simpan item Ancestral Magic dan Ancestral Rare. Ini adalah bahan crafting yang sangat bernilai.
  • Anda boleh membuang dan menambah affix melalui Horadric Cube. Semasa menambah affix, anda boleh memilih affix sasaran (sehingga 4) dengan membelanjakan item consumable untuk menetapkan affix yang diinginkan.
  • Selepas affix ditetapkan, naik taraf item tersebut kepada level Legendary.
  • Anda boleh mengambil mana-mana item Common dan menaik tarafnya kepada Unique. Jika item asal adalah Ancestral Common, hasil akhirnya akan menjadi Ancestral Unique.

Enchanting

Pergi ke NPC Occultist untuk menggunakan fungsi Enchant bagi ‘gamble’ mendapatkan affix baharu dengan membelanjakan bahan crafting dan Gold. Ini sangat berguna jika anda ingin reroll sesuatu slot affix yang spesifik.

Sumber Bahan Crafting

Bahan crafting yang digunakan dalam Horadric Cube boleh di-farm melalui:

  • Menyelesaikan War Plan
  • Ganjaran dari Tree of Whispers
  • Membunuh raksasa kelas Elite

Codex of Power

Dungeon tidak lagi membuka koleksi Codex of Power. Sebaliknya, jika mempunyai lebihan bahan crafting, gunakan item Rare secara rawak untuk gamble bagi mendapatkan kuasa Codex of Power spesifik yang dimahukan.

Sistem Charm

Charm merupakan sistem kemajuan yang sangat krusial. Berikut adalah cara untuk memanfaatkannya ke tahap maksimum:

  • Bonus Level Skill: Gamble Charm untuk cuba mendapatkan stat +2 atau +3 pada level skill tertentu. Ini memberikan lonjakan kuasa yang sangat besar untuk mana-mana build.
  • Reroll Set Charm: Jika tidak mendapat Set Charm yang dimahukan atau tidak berpuas hati dengan statnya, anda boleh reroll item tersebut melalui Horadric Cube.

  • Transmutation 3-kepada-1: Tukar 3 Charm lebihan kepada 1 Charm baharu melalui Horadric Cube. Lakukan ini pada Set atau Unique Charm sahaja; menukarkan 3 Rare Charm hanya akan menghasilkan sebuah Rare Charm yang lain, jadi ini amat merugikan.
  • Legendary Horadric Seal: Jika ada banyak lebihan Legendary Horadric Seal, anda patut menjualnya untuk mendapatkan Gold. Setiap seal boleh dijual dengan nilai sekitar 13 juta Gold.

Undercity

Undercity ialah lokasi terbaik untuk target farming item spesifik.

  • Aktifkan Tribute sebelum memulakan setiap pusingan.
  • Pada skrin Bargain, pilih bahan crafting yang paling diperlukan untuk mempercepatkan kemajuan.
  • Berikan keutamaan untuk unlock Gutter Filth dan Initiative bagi meningkatkan kualiti drop serta kecekapan pusingan.

Farming Treasure Breach (Nightmare Dungeon)

Notis: Kaedah ini mungkin akan di-patch dalam kemas kini akan datang. Gunakannya selagi ia wujud, tetapi jangan bergantung padanya sebagai strategi farming kekal.

Jika terjumpa Treasure Breach semasa di dalam Nightmare Dungeon pada War Plan, anda boleh farm lokasi itu berulang kali tanpa perlu menghabiskan (clear) dungeon tersebut.

Cara Melakukannya:

  1. JANGAN clear dungeon tersebut jika Dungeon Affix menunjukkan ada acara Treasure Breach.
  1. Jemput seorang kawan yang berada pada World Tier yang berbeza (Tier X–XII, mesti berbeza dengan tier ketua party).
  2. Sertai party tersebut dan selesaikan Treasure Breach.
  • Selepas selesai, rakan yang dijemput tadi perlu keluar dari kumpulan (leave party) dan mereka akan terus dihantar kembali ke permulaan kawasan Path of Coin.
  • Jemput rakan tersebut semula dan ulang langkah di atas.

DLC Diablo IV: Lord of Hatred kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC (Steam, Battle.net).

Tags: Diablo IVDLCPanduan
ShareTweetSend
Previous Post

AMD Sahkan FSR 4.1 Untuk GPU Radeon Lama – Kualiti Visual Lebih Cantik Untuk Siri RX 7000/6000

Next Post

Keuntungan Kadokawa Merosot Sebanyak 51%; Genre Isekai Menjadi Punca Rugi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna
Review

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB
PC

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB

July 3, 2026
Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID
Berita

Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID

July 3, 2026
Next Post
Keuntungan Kadokawa Merosot Sebanyak 51%; Genre Isekai Menjadi Punca Rugi

Keuntungan Kadokawa Merosot Sebanyak 51%; Genre Isekai Menjadi Punca Rugi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd