Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo Immortal akan dilancarkan pada 2 Jun di iOS, Android dan PC

safwan by safwan
April 25, 2022
in Artikel, Battle.net, Berita, Game Baru, Mobile Game, PC
0 0
0
Diablo Immortal akan dilancarkan pada 2 Jun di iOS, Android dan PC
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Blizzard telah mengumumkan tarikh rasmi bagi pengeluaran Diablo Immortal di iOS dan Android pada 2 Jun. Pada tarikh yang sama, game ini akan dilancarkan secara Beta terbuka untuk PC melalui Battle.net. Game ini akan tersedia di beberapa negara terpilih Asia Pasifik pada hujung bulan Jun untuk versi PC.

Dengan memperkenalkan game ini ke PC, Diablo Immortal akan mempunyai Cross-Play dan Cross Progression supaya korang boleh bermain game ini di mana sahaja dengan menggunakan telefon mahupun PC. Di versi PC, korang boleh gunakan sama ada Keyboard mahupun Controller semasa bermain Diablo Immortal. Selain bermain game dengan menggunakan skrin, korang juga boleh menggunakan Controller pada versi iOS dan Android.

Berikut adalah spesifikasi untuk versi PC:

[wpdatatable id=96]

Untuk spesifikasi Android, sila rujuk pautan ini.

Sebelum ini, Blizzard telah mengumumkan bahawa Diablo Immortal boleh pra daftar untuk iOS dan Android. Pemain yang mendaftarkan diri akan mendapat skin percuma iaitu ‘Horadrim Cosmetic set’ berdasarkan tema ‘Brotherhood of the Horadrim’ jika mencapai 30 juta orang yang mendaftarkan diri sebelum tarikh pelancaran.

Selain itu, Blizzard mengumumkan beberapa perkara tambahan dalam blogpost khusus yang menceritakan bagaimana pemain dapat menukar kelas watak sambil mengekalkan ‘progression’ keseluruhan.

Perubahan Kelas atau ‘Class Change’ adalah mekanik supaya pemain dapat mencuba setiap kelas tanpa perlu mula dari awal. Apabila bertukar kelas, pemain akan mengekalkan semua XP mereka, dan menerima set item baru yang bersesuaian dengan kelas semasa, manakala yang lama akan disimpan.

Dalam blogpost yang sama, Blizzard berkata mereka akan melancarkan set kosmetik baru bagi semua kelas setiap bulan, yang sepadan dengan tema Battle Pass pada ketika itu. Pemain yang membeli Battle Pass akan unlock gear untuk semua kelas, di mana yang lain-lain akan dijual melalui kedai dalam permainan.

Selain itu, beberapa set kosmetik akan dihadiahkan secara percuma apabila pemain meningkatkan stat ‘Dominance’ bagi ‘Faction’ masing-masing dan apabila pemain meningkatkan atribut ‘Resonance’ untuk ‘Legendary Gem’ yang mereka peroleh, kosmetik tersebut akan berubah penampilan untuk lihat lebih agung dan terperinci.

Bagi mereka yang tertanya, kosmetik membenarkan pemain menukar penampilan tetapi tidak akan menjejaskan gear atau statistik kita, tidak seperti game MMO lain.

Diablo Immortal pertama kali diumumkan di BlizzCon 2018 dan sedang dibangunkan oleh Blizzard dan NetEase. Blizzard mengadakan ujian alpha teknikal untuk game ini pada ditunda ke tahun 2022 untuk menguruskan maklum balas pemain dan membuat perubahan pada kandungan PvP dan hal-hal lain, serta melaksanakan sokongan controller.

Saya ingin mengingatkan korang yang Diablo Immortal akan dikeluarkan pada 2 Jun dan masih dibuka untuk pra daftar Diablo Immortal di iOS, Android dan PC melalui Battle.net. Untuk membaca segala liputan kami tentang Diablo Immortal, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: diablo immortal
Previous Post

Kenali beberapa kuasa paling pelik yang wujud dalam anime!

Next Post

PS5 akan menambah ciri “VRR – Variable Refresh Rate” pada minggu ini

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
PS5 akan menambah ciri “VRR – Variable Refresh Rate” pada minggu ini

PS5 akan menambah ciri "VRR - Variable Refresh Rate" pada minggu ini

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd