28 Julai sudah, Capcom buat julung kalinya buat tourney Monster Hunter kat San Francisco. Champion tourney ni dapat wakil US untuk peringkat international kat Jepun nanti. Pemenang tourney ni adalah Social Dissonance. Kawan-kawan kita kat IGN telah interview pemenang-pemenang ni pasal senjata yang diorang pakai, persediaan diorang dan tips cane nak terer dalam game ni.
Format Tournament
Time attack. Diorang main satu mode nama Arena Quest. Senjata plak boleh pakai 5 je dari 14. Loadout setiap senjata dengan items dah predetermined. Masa qualifiers kena lawan Pukei-Pukei. Finals? elder dragon Nergigante.
Dah nama time trial kan, takde la korang nak seronok-seronok mining, cari barang etc etc. Kira hit the ground running. Terus kena strategize untuk quest yang diberikan, ini menurut ahli pasukan Tanzia Chips n Salsa, Andre Santiago (kat Twitch nama dia Omnitoad).
Michael Crutchfield dari Social Dissonance plak berpendapat Arena Quest ni macam puzzle. Daripada 5 loadout yang diterima, pemain utama dengan partner dia kena decide there and then kombinasi apa nak guna untuk strategi yang nak di-execute.
Jadi Terer Bukan Overnight
Budak-budak finalist ni memang kaki Monster Hunter. Senang cite. Diorang main game ni dari PS2 tahun 2004 (yang original tau) sampai 2008 Freedom Unite kat PSP. Michael kata dia dah pulun semua siri game ni 1000 jam each, so total 8k-9k jam. Salah sorang ahli Tanzia Chips n Salsa kata dia dah main 60k jam. Ye dok bro? Tapi rata-rata semua finalist ni ada buat persediaan untuk tourney ni.
Senjata Pilihan Hati – Switch Axe…or not?
Masa finals, Tanzia Chips n Salsa sekali dengan Social Dissonance pilih Switch Axe, pasukan Royals pilih sepasang Lance dan Ultimate Uragaan plak nak kasi lain pakai Switch Axe dengan Lance.
Michael kabo sebab pilih Switch Axe adalah untuk reliability, dia boleh force flow permainan dan damage pun memang kaw. Tapi memang kena train bersungguh-sungguh la.
Omnitoad pulak memang asalnya tak pakai tak sentuh pun Switch Axe. Dia pilih specifically untuk tourney ni. Ada la 20 jam dia train dengan senjata ni. Tapi dapat nombor 3 je. Dia jugak ada merujuk kat tourney Jepun, Sword dan Shield yang femes sana, tapi pasukan yang dapat time termantop pakai Lance. Jadinya takde senjata yang all-powerful, korang kena tau guna baru boleh setel.
Sorang gadis Lady Amatsu dengan teammate dia plak pakai Lance. Sebab diorang dah selesa, tapi diorang ada gak la celup-celup sket strategi geng-geng kapak untuk diadaptasi kepada strategi diorang.
Pesan Dari Orang Yang Paling Banyak Bazir Masa Dalam Monster Hunter World
Michael bagi tip, korang main speedrun untuk monster yang korang suka buru. Katanya komuniti Monster Hunter main dengan Hunting Horn untuk prektis senjata pilihan diorang. Ahli Tanzia Chips n Salsa plak kata kat luar sana ada je resources; contohnya komuniti “Adopt-a-Hunter”; player baru nak main akan dipadankan dengan otai, Discord punya channel dengan wiki dengan guide yang komprehensif. Tapi pokoknya kena praktikal.
Teammate Michael, Sam adalah buktinya. Sam dulu sekadar supporter cenel YouTube Social Dissonance, tapi lepas sebulan prektis diorang team-up, pastu terus champion. Total time 3 jam lebih sket je.
Pastu dah menang diorang dapat jam Tourbillion Monster Hunter Memorigins weh. Cun tu!
@gamersantaimy
Discussion about this post