Activision dan Bungie dah umumkan yang Destiny 2 untuk PC boleh di muat turun secara percuma bermula daripada sekarang hinggalah 18 November ni; sempena dengan ulangtahun pertama game ni.
Budak-budak Battle.net yang belum ada game ni boleh claim game ni sebagai free gift, dan kepada yang dah ada pulak akan diberikan emblem yang spesel baek punya…takleh dapat tat mana-mana pun, bulan 12 nanti. Lagi jajan yang pemain baru akan dapat adalah boleh try hybrid mode “Gambit” 4 lawan 4 dalam Destiny 2: Forsaken . Tempoh boleh try-try ni adalah dari 9 November sampai 11 November masa Gambit Free Weekend nanti.
PC version Destiny 2 ni boleh run kat semua version Windows kecuali Windows 3.1, Windows 95, Windows 98, Windows 98SE, Windows Millenium dan Windows XP.
Specs minimum nak main adalah Intel Core i3-3250, Intel Pentium G4560, atau AMD FX-4350. Grafik plak kena ada GeForce GTX 660 2GB, GTX 1050 2GB, atau Radeon HD 7850. RAM pulak kena 6GB dan hard disk 104GB. Dan yang paling obvious kena ada internet.
Klik sini untuk pegi download dan habiskan masa cuti Deepavali korang.
@gamersantaimy
Discussion about this post