Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DeNA dan The Pokémon Company bekerjasama menghasilkan mobile game Pokemon baru!

Hit seterusnya selepas Pokemon GO?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
DeNA dan The Pokémon Company bekerjasama menghasilkan mobile game Pokemon baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas bekerjasama bersama Nintendo untuk mencipta pelbagai game smartphone, DeNA kini menjalinkan hubungan rakan kongsi bersama The Pokémon Company untuk mencipta game smartphone baru.

Image result for dena and pokemon company

Dalam sebuah mesyuarat pelaburan Jepun pada minggu lepas, syarikat game DeNA mengumumkan bahawa mereka akan bekerjsama dengan The Pokémon Company untuk menghasilkan judul game mobile baru Pokemon. Pengumuman ini muncul tanpa banyak maklumat, kecuali butiran bahawa development sudah bermula pada game tersebut. Pengumuman ini dimuat naik oleh wartawan Wall Street Journal Takashi Mochizuki.

DeNA: teamed up with Pokémon Co. to release a smartphone game by March next year. More to be announced when appropriate. pic.twitter.com/8XjhyOmebw

— Takashi Mochizuki (@6d6f636869) May 10, 2019

Disebabkan Nintendo ialah sebahagian daripada pemilik di The Pokémon Company, memang masuk akal lah DeNA juga akan terlibat satu hari nanti. Kerjasama antara Nintendo dan DeNA sudah cukup menguntungkan sebelum ini. Bermula dengan Miitomo, diikuti pula oleh Super Mario Run, Fire Emblem Heroes, dan akhrinya, Animal Crossing: Pocket Camp. Belum lagi termasuk Mario Kart Tour yang sedang dalam pembikinan.

Di samping itu, game seperti Pokémon GO sangat berjaya pada pelantar antarabangsa, lalu haruslah Nintendo rebut peluang keemasan ini. Tambahan pula, pasaran mobile Jepun ialah antara yang paling menguntungkan di dunia. Jenis game Pokémon apa yang bakal keluar tidak siapa tahu, tetapi kerjasama antara Nintendo dan DeNA ini sudah sangat lama dan kukuh sejak zaman Miitomo, jadi saya amat optimistik dengan judul terbaru ini.

Sumber – Twitter@mochi_wsj

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DeNAMobilePartnershippokemonthe pokemon company
Previous Post

Rage 2 membenarkan penonton Twitch untuk membantu memulihkan anda!

Next Post

Argonus And The Gods of Stone Akan Hadir Ke PC Dari Mount Olympus

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Argonus And The Gods of Stone Akan Hadir Ke PC Dari Mount Olympus

Argonus And The Gods of Stone Akan Hadir Ke PC Dari Mount Olympus

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd