Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – To the Swordsmith Village – Bakal Tayang 2 Mac Ini di Malaysia!

Maira by Maira
February 7, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Filem, Movie/siri
0 0
0
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – To the Swordsmith Village – Bakal Tayang 2 Mac Ini di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Lagi dua bulan sahaja untuk anime Demon Slayer: Swordsmith Village Arc akan ditayangkan. Tetapi kita berpeluang untuk menontonnya lebih awal pada Mac ini. Melalui pengumuman daripada Muse Asia, filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – To the Swordsmith Village – akan ditayangkan pada 2 Mac ini di Malaysia melalui TGV Cinemas.

ACG NEWS~
《Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – To the Swordsmith Village-》has reach 81 million viewers in 3 days of release!!!
🔥The movie will be available on 2nd Mar 2023 in TGV Cinema Malaysia!!!
Stay tuned to Muse social media for more information.#鬼滅の刃 #demonslayer pic.twitter.com/HuOMHmXqSe

— MUSE Malaysia & Brunei (@museacg_my) February 6, 2023

Buat masa ini, maklumat tentang penjualan tiket masih belum diumumkan. Nantikan sahaja pengumuman lanjut daripada pihak TGV dan Muse Asia selepas ini.

Kalau anda ingin tahu, filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – To the Swordsmith Village – merupakan sebuah filem kompilasi episod 10 dan episod 11 daripada Entertainment District Arc dan juga episod pertama untuk Swordsmith Village Arc yang berdurasi selama sejam.

Filem ini telah pun ditayangkan di Jepun pada awal bulan Februari dan telah mengutip keuntungan lebih daripada RM 40 juta dengan jumlah penonton hampir mencecah 900 ribu.

Berkenaan Demon Slayer Season 3, kita akan melihat Tanjiro yang mengembara ke Swordsmith Village untuk membaiki pedangnya. Apabila tiba, dia dibawa terus ke ketua kampung, Tecchin Tecchikawahara , yang kemudian membawa Tanjiro ke kolam air panas untuk bantu menyembuhkan tubuhnya.

Di kolam air panas ini, Tanjiro bertemu dengan Love Hashira, Mitsuri Kanroji dan seorang lagi rakan bernama Genya Shinazugawa. Tidak lama selepas itu, dia bertemu dengan Mist Hashira, Muichiro Tokito. Ancaman yang bakal dihadapi pun menjadi lebih bahaya kerana ‘Demon Upper Rank Four dan Five’ daripada ‘Twelve Kizuki’ akan melancarkan serangan ke atas kampung tersebut.

Demon Slayer Malaysia

Selain itu, bermula 18 Februari sehingga 18 Mei 2023, sebuah pameran khas anime “Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition” akan berlangsung di Aras 2, Pavillion Bukit Jalil, Malaysia.  Pameran ini dijalankan dengan kerjasama daripada ACO MEDIA, Metalive World, Muse Communication dan Mediasphere Communications. Untuk maklumat lanjut, boleh klik pautan ini.

Anda yang masih belum menonton siri ini, boleh pergi ke platform berikut untuk menontonnya!

  • Netflix
  • iQIYI
  • Viu

Untuk segala liputan kami tentang Demon Slayer, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon SlayerDemon Slayer: Kimetsu no Yaiba - To the Swordsmith Village -Kimetsu No YaibaTGV Cinemas
Previous Post

“404 GAME RE:SET” Diumumkan, Game Mobile Terbaru SEGA Bersama Pencipta NieR: Automata!

Next Post

Bandai Namco memperkenalkan gameplay baru & bawa semula Nina Williams dalam Tekken 8!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Bandai Namco memperkenalkan gameplay baru & bawa semula Nina Williams dalam Tekken 8!

Bandai Namco memperkenalkan gameplay baru & bawa semula Nina Williams dalam Tekken 8!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd