Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Kini Tersedia – Cygames Dedah Cara Unlock Watak & Content Baru

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 18, 2026
in Action, Artikel, Berita, Demo, DLC, DLC berbayar, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Demo Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Kini Tersedia – Cygames Dedah Cara Unlock Watak & Content Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Cygames dan Cygames Osaka telah melancarkan demo bagi expansion akan datang, Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok. Demo ini sedia untuk dimuat turun bagi PlayStation 5, Nintendo Switch 2, PlayStation 4, dan PC (Steam).

Selain pelancaran demo, pihak pembangun turut berkongsi trailer ketiga bertajuk “The Journey So Far“, di samping mendedahkan maklumat baharu tentang cara pemain boleh unlock jalan cerita, watak, serta mod permainan dalam Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok.

Kandungan Demo

Demo ini memberi peluang kepada pemain baharu untuk mengenali dunia permainan, sementara pemain sedia ada boleh menguji pelbagai mekanik baharu yang ditawarkan. Tiga mod permainan yang disediakan adalah:

  • Story Mode: Mainkan bahagian awal kempen utama permainan. Menyelesaikan mod ini akan memberikan ganjaran item yang boleh ditebus dalam game asas atau expansion penuh Endless Ragnarok nanti.
  • Quest Mode: Menampilkan empat quest yang boleh dimainkan secara solo atau online multiplayer menerusi fungsi cross-platform matchmaking. Apabila tiga quest pertama selesai, misi keempat iaitu “Sephira’s Sanguine Glimmer” akan dibuka. Misi ini memperkenalkan “Summon”, iaitu mekanik combat terbaharu dalam expansion ini. Setiap quest yang diselesaikan turut memberikan ganjaran untuk dibawa ke versi penuh.
  • Tutorial Mode: Tempat terbaik untuk belajar kawalan watak, cara penerokaan, dan asas combat tanpa sebarang risiko.

Pihak Cygames juga telah melakukan beberapa pelarasan pada versi demo berdasarkan maklum balas fasa open beta sebelum ini:

  • HP dan Attack power bos “Aquila Ruby Golem” dalam quest “Sephira’s Sanguine Glimmer” telah dikurangkan agar combat lebih seimbang.
  • Menu utama menampilkan character artwork yang dikemas kini.
  • Seofon, ahli Star Sword Sovereign yang terkenal, boleh dimainkan. Walaupun beliau mempunyai kaedah unlock yang berbeza dalam versi penuh, pemain boleh mencubanya secara terus di dalam demo.
  • Beberapa pembetulan isu sambungan dan matchmaking telah dilaksanakan untuk cooperative play yang lebih lancar.

Semua kemajuan dalam demo akan disimpan secara automatik, namun fungsi save dan load manual tidak disediakan. Walaupun save data tidak boleh dipindahkan ke game penuh, pemain yang berjaya menamatkan demo masih akan menerima ganjaran eksklusif yang boleh dituntut sebaik sahaja Endless Ragnarok dilancarkan. Sila ambil perhatian bahawa langganan Nintendo Switch Online diperlukan untuk multiplayer di Nintendo Switch 2, manakala pemain PlayStation boleh menikmati cooperative play tanpa memerlukan langganan PlayStation Plus.

Cara Unlock Kandungan Endless Ragnarok & The Conflux

Sebagai expansion yang besar kepada base game, Endless Ragnarok menawarkan jalan cerita baharu serta cabaran “Chaos-difficulty”. Untuk mengakses kandungan ini, pemain perlu menyelesaikan quest “The Tale of Bahamut’s Rage” (bertarung Proto Bahamut) dalam game asas terlebih dahulu. Sebaik sahaja jalan cerita expansion bermula, pemain akan unlock mekanik “Summon” untuk menyeru sekutu yang kuat semasa pertarungan bertaraf Chaos atau lebih tinggi.

Untuk pemain solo, expansion ini turut membawakan “The Conflux”, sebuah mod cabaran single-player. Mod ini boleh dibuka melalui side quest baharu di Seedhollow yang tersedia semasa Chapter 6 dalam kempen utama. Seiring dengan kemajuan permainan, pemain boleh membuka “Cycles” yang lebih tinggi untuk mendapatkan ganjaran bahan khusus:

  • Cycle 1 (Chapter 6): Ganjaran bahan untuk weapon forging.
  • Cycle 2 (Melalui quest Hard-difficulty): Ganjaran bahan untuk sigil upgrade.
  • Cycle 3 (Melalui quest Maniac-difficulty): Ganjaran bahan untuk weapon uncap/awakening serta rare sigil.
  • Cycles Seterusnya: Dibuka secara berperingkat menerusi kempen utama Endless Ragnarok.

Cara Unlock Watak Baharu

Expansion ini turut membawakan enam watak baharu yang boleh dimainkan. Mereka boleh dibuka menerusi tiga kaedah berbeza:

  • Beatrix & Eustace: Boleh diperoleh dengan menukar Crewmate Cards di Knickknack Shack (cara alternatif untuk mendapatkan kad ini akan ditambah dalam game penuh).
  • Gallanza & Maglielle: Main quest Hard-difficulty semasa Chapter Ø dalam base game sehingga satu cutscene khas dimainkan. Babak ini akan memberikan ganjaran berupa Crewmate Cards unik untuk ditukar di Knickknack Shack.
  • Fraux & Fediel: Akan menyertai crew secara automatik seiring dengan perkembangan jalan cerita Endless Ragnarok.

Kemas Kini Utama

Bersama dengan expansion ini, game asas Granblue Fantasy: Relink akan menerima satu kemas kini percuma yang besar. Kemas kini ini bakal menambah baik keseluruhan pengalaman bermain menerusi pelbagai pelarasan quality-of-life, gameplay rebalancing, serta penambahan beberapa side quest baharu.

Butiran penuh tentang perubahan ini akan dikongsi oleh Cygames dalam satu sesi livestream pada 8 Julai, di mana patch note lengkap juga akan dikeluarkan di laman web rasmi secara serentak.

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok akan membuat pelancaran rasmi bermula 9 Julai 2026 bagi PlayStation 5, Nintendo Switch 2, PlayStation 4, dan PC (Steam).

Tags: DemoGranblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Mengapa Tiada Belial & Watak Zodiac Dalam Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok

Next Post

Pokémon Champions Kini Dilancarkan Di Mobile! Jom Dapatkan Raichu Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pemilik GTA 5 Di Konsol Lama Layak Terima Naik Taraf Percuma Ke “Current-Gen”
Berita

Pemilik GTA 5 Di Konsol Lama Layak Terima Naik Taraf Percuma Ke “Current-Gen”

June 18, 2026
Street Fighter 6 – Fighter Yasmine Dari Filipina Bakal Tiba 3 Ogos 2026
DLC

Street Fighter 6 – Fighter Yasmine Dari Filipina Bakal Tiba 3 Ogos 2026

June 18, 2026
FINAL FANTASY TACTICS – The Ivalice Chronicles – Update Baru Tambah New Game+ & Sistem Zodiac
Berita

FINAL FANTASY TACTICS – The Ivalice Chronicles – Update Baru Tambah New Game+ & Sistem Zodiac

June 18, 2026
Next Post
Pokémon Champions Kini Dilancarkan Di Mobile! Jom Dapatkan Raichu Percuma!

Pokémon Champions Kini Dilancarkan Di Mobile! Jom Dapatkan Raichu Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd