Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crossover Rematch x Blue Lock Bermula! Masa untuk Serlahkan ‘Egoist’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox Series X|S
0 0
0
Crossover Rematch x Blue Lock Bermula! Masa untuk Serlahkan ‘Egoist’
Share on FacebookShare on Twitter

Sloclap telah memulakan Season 5 bagi game bola sepak Rematch yang menampilkan crossover rasmi bersama siri anime popular, Blue Lock.

Acara ini bermula sekarang dan akan berlangsung sehingga 23 Oktober 2026. Sepanjang empat minggu ini, pemain melalui platform PC (Steam dan Epic Games Store), PlayStation 5, serta Xbox Series X/S boleh terjun ke dalam perlawanan berinspirasikan anime, grinding untuk mendapatkan pelbagai barangan kosmetik eksklusif, dan menguji kemahiran dalam mod baharu.

Tarikan utama Season 5 ialah mod 3v3 masa terhad yang dinamakan Aura Striker. Rematch cukup berbeza daripada game bola sepak biasa kerana tiada pengadil, kesalahan faul, mahupun offside. Aura Striker melipatgandakan lagi elemen ini dengan menggantikan penjaga gol biasa kepada penjaga gol holografik automatik. Pendekatan ini memastikan tiada pemain perlu berkampung di hadapan gol, lantas memaksa semua orang di padang fokus mencipta peluang dan menjaringkan gol.

Mod ini turut menampilkan intensiti visual Blue Lock melalui mekanik Aura. Sepanjang perlawanan, pemain boleh mengaktifkan Aura mereka untuk mendapatkan peningkatan kelajuan larian serta kuasa rembatan tambahan secara sementara. Memandangkan setiap perlawanan bermula dengan stats yang seimbang bagi semua pemain, kemenangan bergantung kepada kebijaksanaan menyesuaikan diri dengan situasi, timing yang tepat, dan kebolehan memanfaatkan kesilapan pihak lawan.

Bagi peminat yang mahu beraksi sebagai penyerang kegemaran mereka, Sloclap menyediakan set kosmetik premium berdasarkan empat watak utama siri ini: Yoichi Isagi, Meguru Bachira, Seishiro Nagi, dan Rin Itoshi.

Setiap pek watak merangkumi outfit berinspirasikan anime, player banner card khas, serta gaya sambutan gol unik untuk pemain flex selepas menjaringkan gol. Pemain yang ingin mengumpul lebih daripada satu watak juga boleh mendapatkan multi-character bundle pada harga diskaun di in-game shop sepanjang acara berlangsung.

Anda tidak perlu mengeluarkan wang sebenar untuk menyertai kemeriahan acara ini. Hanya dengan log masuk ke dalam permainan sepanjang Season 5, anda akan terus menerima Welcome Bundle percuma yang mengandungi pelbagai item kosmetik bertemakan Blue Lock.

Selain itu, game ini turut menawarkan Event Pass percuma untuk semua pemain. Dengan menyelesaikan cabaran di mod Aura Striker, Casual, atau Ranked playlist, anda boleh membuka pelbagai player card, hiasan visual stadium, serta bola rasmi Blue Lock tanpa perlu mengeluarkan sebarang duit.

Cara untuk menyertai acara ini sangat mudah. Pemain baharu boleh memilih Rematch × Blue Lock Edition, yang menggabungkan base game bersama barangan kosmetik crossover sejak hari pertama. Sekiranya sudah memiliki game ini, anda boleh terus membeli Blue Lock Training Pack secara berasingan melalui platform pilihan.

Bagi menjimatkan duit, kedai digital sedang mengadakan jualan promosi yang menawarkan potongan harga sehingga 50% untuk game Rematch.

Tags: Blue LockRematch
ShareTweetSend
Previous Post

Rockstar Dedah ‘GTA VI Collector’s Box’ Bernilai RM1,600++… Tapi Tiada Game Di Dalam

Next Post

Castlevania Versi NES Tersedia Secara Percuma Di Mobile Untuk Masa Terhad

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Castlevania Versi NES Tersedia Secara Percuma Di Mobile Untuk Masa Terhad

Castlevania Versi NES Tersedia Secara Percuma Di Mobile Untuk Masa Terhad

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd