Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion kini tersedia untuk konsol & PC, dapatkan sekarang!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 13, 2022
in Artikel
0 0
0
Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion kini tersedia untuk konsol & PC, dapatkan sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengumumkan bahawa Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion, game ARPG versi remaster daripada Final Fantasy 7 kini tersedia untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S manakala untuk PC pula akan tersedia esok pada 14 Disember 2022 melalui Steam.

https://www.youtube.com/watch?v=ugnmeDNau64&t=1s

Versi remaster ini akan hadir dengan model 3D baru, suara penuh untuk watak, sistem yang diperbaharui, background serta grafik UI baru, fungsi “skip” dan muzik latar yang disusun semula.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Crisis Core telah dikeluarkan pada tahun 2008 di PSP. Ianya adalah game action RPG yang dibangunkan oleh Square Enix. Ia merupakan prekuel kepada Final Fantasy VII yang dikeluarkan pada tahun 1997.

Disebabkan ini game remaster, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan pada posisi “treasure chest” dan tiada misi baru yang akan ditambah. Mode terbaru iaitu Hard mode juga diperkenalkan. Dengan anda yang mahukan cabaran yang lebih sukar berbanding game original, boleh gunakan mode ini daripada awal game.

Kalau anda yang mengharapkan sesuatu yang baru pada penceritaannya, malang sekali tiada penambahan yang dilakukan. Ceritanya akan kekal tanpa sebarang perubahan kerana tidak mahu mengubah sejarah dunia tersebut.

Berikut adalah serba sedikit tentang Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion:

Kisah ini bermula tujuh tahun sebelum peristiwa Final Fantasy 7 (1997) dan mengisahkan Zack Fair, seorang askar Shinra yang bercita-cita tinggi. Zack ditugaskan untuk mencari AWOL Soldier bernama Genesis Rhapsodos.

Ketika pengembaraannya, dia berjaya membongkar rahsia gelap Shinra di mana mereka melakukan pelbagai eksperimen dan mencipta raksasa. Selain itu, anda juga akan membongkar tentang kisah Cloud, Sephiroth, Aerith, Tifa dan banyak lagi.

Sekali lagi saya ingatkan, Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion kini tersedia untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S manakala untuk PC pula akan tersedia pada esok hari, 14 Disember 2022 melalui Steam. Untuk peminat Final Fantasy mesti ada yang tak sabar nak main kan?

Anda boleh melawat laman web rasmi untuk ketahui lebih lanjut mengenai game ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Final Fantasy daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Fenomena Global MMORPG “REVELATION: INFINITE JOURNEY” Mulakan Fasa Ujian Beta Tertutup Di Singapura, Malaysia & Asia Tenggara

Next Post

Demon Slayer Season 3 Akan Tayang Pada April 2023! Trailer Baru Telah Didedahkan!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Demon Slayer Season 3 Akan Tayang Pada April 2023! Trailer Baru Telah Didedahkan!

Demon Slayer Season 3 Akan Tayang Pada April 2023! Trailer Baru Telah Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd