Scuf Gaming ni memang terkenal sebagai tukang buat controller poyo dan gempak at the same time. Recently diorang baru keluarkan the first; controller yang Sony-licensed, Scuf Vantage. Version wired $170 manakala wireless $200. Lagi kau customie lagi mahal. Ogos nanti akan mula dijual dan sekarang boleh pre-order kat website diorang dan GameStop.
Antara perbezaan ketara daripada controller asal PS4 adalah left analog stick tukar dengan D-pad. Aksesori dia juga boleh ditukar dengan senang sebab semua mende dia snap dengan magnet. Pastu mende yang bergegar pun boleh customize (dipanggil rumble pack).
Tapi ciri paling penting: programmable buttons. Banyak button-button tambahan yang korang leh set nak jadi action apa.
Gempak tak? Bak sini $200
Buat masa ni mende ni untuk US & Canada sahaja.
Untuk pengetahuan, Scuf ni bukan calang-calang punya manufacturer. Masa 2015 diorang tolong design Xbox Elite controller dengan kasi lesen design diorang kat Microsoft. Diorang pun skang ada Impact dan Infinity 4PS Pro controllers untuk PS4, yang ada paddles dengan boleh customize button skali.
@gamersantaimy
Discussion about this post