Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

CONTROL Resonant – Sekuel Rasmi Kepada CONTROL Akan Tiba 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2025
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Open World, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
CONTROL Resonant – Sekuel Rasmi Kepada CONTROL Akan Tiba 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Remedy Entertainment secara rasminya telah mengumumkan CONTROL Resonant, sekuel kepada game popularnya yang memenangi pelbagai anugerah, CONTROL. Game ini akan membuat pelancaran pada tahun 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam dan Epic Games Store).

Dalam sekuel ini, pemain akan mengawal protagonis baharu, Dylan Faden, abang kepada Pengarah FBC, Jesse Faden. Setelah bertahun-tahun dikurung, Dylan dikerahkan untuk menghadapi entiti kosmik misteri yang sedang mengubah realiti di Manhattan. Misinya adalah untuk menentang ancaman yang semakin meluas, termasuk musuh lama seperti Hiss dan Mold, sambil mencari adiknya yang hilang di tengah-tengah kekacauan yang telah melimpah keluar dari The Oldest House.

Dari segi gameplay, CONTROL Resonant menampilkan sistem kemajuan yang lebih luas, membolehkan pemain membentuk dan mengembangkan kuasa ghaib Dylan. Kuasa ini muncul dalam combat yang menggalakkan penggunaan persekitaran dan kuasa elemental. Senjata utamanya ialah Aberrant, sebuah senjata ghaib yang boleh berubah bentuk daripada penukul dua tangan yang kuat kepada pedang berkembar untuk digunakan dalam setiap cabaran.

Pemain akan meneroka pelbagai kawasan di Manhattan yang telah diubah menjadi sebuah mimpi ngeri geofizikal. Dunia permainan ini sentiasa dibentuk semula oleh kuasa penceroboh, dengan hukum alam dan graviti yang terpesong. Selain itu, pemain juga akan mengembara ke ruang metafizik misteri yang mewakili jiwa Dylan yang bergelora, memberikan sebuah pengembaraan yang pasti akan mengacau persepsi.

Tags: CONTROL Resonant
ShareTweetSend
Previous Post

Larian Studios Umumkan ‘Divinity,’ RPG Baharu yang Dijangka Mengatasi Baldur’s Gate 3

Next Post

Resident Evil Requiem – Leon Kennedy Rasmi Kembali Sebagai Protagonis Kedua!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Resident Evil Requiem – Leon Kennedy Rasmi Kembali Sebagai Protagonis Kedua!

Resident Evil Requiem - Leon Kennedy Rasmi Kembali Sebagai Protagonis Kedua!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd