Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[CES 2021] Predator Triton 300 SE, Bertan-tan Tenaga dalam Pakej Mudah Alih!

Wahh Triton 300 yang dah diberi nafas baru lah!

Nyny.A by Nyny.A
January 13, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Laptop, Pameran/Expo, Teknologi
0 0
0
[CES 2021] Predator Triton 300 SE, Bertan-tan Tenaga dalam Pakej Mudah Alih!
Share on FacebookShare on Twitter

Masih ingat dengan Predator Triton 300 yang kami memberi ulasan tahun lalu? Acer nampaknya telah memberi nafas baru pada siri ini! Generasi terbaru Predator Triton 300 SE secara rasmi dilancarkan! Acer telah melancarkan secara rasmi generasi terbaru Predator Triton 300 SE dengan edisi spesial pada pemprosesnya! Dengan menampilkan generasi terkini berikut adalah serba sedikit pengenalan Predator Triton 300 SE.

Predator Triton 300 SE Generasi Baru

Generasi baru Predator Triton 300 SE memberi keselesaan penuh kepada pemain tidak kira untuk sesi pembelajaran atau permainan video, atau untuk bersantai menonton strim kegemaran mereka sebentar setelah seharian bekerja keras, laptop ini sememangnya sesuai untuk anda.

Predator Triton 300 SE menampilkan pemproses Intel Core i7 H35-siri Gen ke-11 yang mencapai hingga 5 GHz untuk prestasi yang sangat pantas dan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 3060 ke dalam casis semua logamnya yang bersih dan mirip Spartan. Tidak terlupa, laptop ini bukan setakat ada siri Special Edition, sebaliknya turut ada siri biasa yang memberi sokongan sehingga 4.8 GHz. Anda juga boleh melipatnya sampai 90°!

Anda risau kerana kebanyakkan laptop gaming adalah berat? Anda tidak perlu khuatir dengan pemasalahan itu kerana Predator Triton 300 SE hanyalah senipis 17.9 mm dan beratnya adalah 1.79kg! Luar biasa kan ringan dia untuk sebuah laptop gaming? Memang senang para gamers-on-the-go bermain game dan membuat kerja dimana-mana sahaja!

Penyejukan memuaskan untuk memastikan tiada sebarang lag pada laptop anda! Predator Triton 300 SE mempunyai sistem penyejukan kipas berkembar merangkumi teknologi AeroBlade Fan generasi ke-5 terbaru dan teknologi Vortex Flow Acer untuk memastikan suhu sentiasa dikendalikan semasa sesi permainan berat.

Dari segi paparannya, tidak kiralah pengguna bermain game atau menonton filem, pemain akan rasa seronok walaupun hanya 14-inci, Predator Triton 300 SE mempunyai paparan FHD yang mempunyai kadar penyegaran 144 Hz dan dikelilingi oleh tiga bezel nipis.

Masih segar dengan RGB seperti pada laptop gaming lain, papan kekunci RGB 3-zon lampu latar meningkatkan pengalaman permainan kita. Sementara audio yang padu turut tersedia dengan DTS: X Ultra memberikan dorongan dalam permainan dengan memberikan suara yang tajam dan seimbang untuk membantu pemain menentukan tempat musuh bersembunyi.

Tidak perlu risau lagi dengan kehabisan bateri yang cepat, bateri Predator Triton 300 SE dapat bertahan sehingga 10 jam! Anda juga tidak perlu risau tentang kekurangan port di laptop ini, Predator Triton 300 mempunyai pelbagai port, termasuk Thunderbolt 4, USB 3.2 Gen 2 dan HDMI.

Nampaknya Predator Triton 300 SE ini sememangnya tersedia pada gamer biasa dan kerja harian anda, nantikannya dalam pelancaran rasmi untuk Malaysia dan ketahui harganya kelak ok!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerIntel®️ Core™ ️ i7 H35-siri Gen ke-11NVIDIA®️ GeForce RTX™ ️ 3060Predator Triton 300 SEVortex Flow Acer
Previous Post

Pencipta Auto Chess berhasrat mencipta MOBA baru di pelantar mobile, berjudul Auto Chess MOBA!

Next Post

[CES 2021] Razer melancarkan produk terbaru yang lebih futuristik termasuk Topeng muka & Kerusi Gaming!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu Final Destination Bloodlines – Maut Tidak Pernah Terlepas Pandang
Review

Reviu Final Destination Bloodlines – Maut Tidak Pernah Terlepas Pandang

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!
Acara

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!

May 13, 2025
Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!
Berita

Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!

May 13, 2025
Next Post
[CES 2021] Razer melancarkan produk terbaru yang lebih futuristik termasuk Topeng muka & Kerusi Gaming!

[CES 2021] Razer melancarkan produk terbaru yang lebih futuristik termasuk Topeng muka & Kerusi Gaming!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd