Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

CDPR tuduh syarikat QA sebagai punca kegagalan Cyberpunk 2077

safwan by safwan
June 27, 2022
in Artikel, Berita, Khabar angin, Open World, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
CDPR tuduh syarikat QA sebagai punca kegagalan Cyberpunk 2077
Share on FacebookShare on Twitter

Cyberpunk 2077 terkenal sebagai game yang mempunyai banyak kerosakan seperti bug, glitch dan banyak lagi masalah yang dihadapi oleh pemain semasa pelancaran. Baru-baru ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa syarikat QA yang bertanggungjawab untuk menguji Cyberpunk 2077 telah dipersalahkan oleh CD Projekt Red atas sebab tidak menjumpai bug atau kerosakan pada game tersebut.

Menurut Youtuber Upper Enchelon Gamers, dia mendakwa mempunyai dokumen sepanjang 72 muka surat mengenai maklumat yang memperincikan kegagalan ujian QA terhadap game open world yang dibangunkan oleh CD Projekt Red. Dalam dokumen tersebut, Quantic Lab mempunyai pasukan kecil dan tidak dapat menguji Cyberpunk 2077 secara penuh untuk mencari bug dan masalah di dalam game sebelum ia dilancarkan.

Daripada bersikap jujur tentang keadaan game tersebut pada masa itu, Quantic Lab telah memuji secara berlebihan supaya mereka tidak kehilangan kontrak bersama CD Projekt Red. Mereka juga mengatakan yang menduduki ujian QA tersebut akan diwakili oleh pekerja yang berpengalaman sebaliknya pekerja baru yang tidak mempunyai pengalaman dalam QA melebihi 6 bulan.

Selain itu, Quantic Lab juga memperkenalkan satu cara baru untuk melaporkan bug secara harian. Dengan cara tersebut, mereka telah menghantar beribu-ribu bug yang tidak berguna kepada CDPR dan tidak mengutamakan masalah game-breaking Cyberpunk 2077.

Disebabkan isu tersebut, Quantic Lab tidak dapat menguji Cyberpunk 2077 seperti CDPR mahukan untuk mengetahui masalah yang perlu diperbaiki oleh mereka. Ini menyebabkan ramai pemain yang telah menjumpai masalah yang tidak pernah diketahui oleh CDPR semasa ia dilancarkan.

Dear gamers,
Below, you’ll find CD PROJEKT’s co-founder’s personal explanation of what the days leading up to the launch of Cyberpunk 2077 looked like, sharing the studio’s perspective on what happened with the game on old-generation consoles. pic.twitter.com/XjdCKizewq

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) January 13, 2021

Saya ingin mengingatkan anda bahawa perkara ini masih tidak jelas memandangkan tiada sebarang pengumuman yang dibuat oleh CDPR berkenaan kesahihan dokumen tersebut. Namun, dokumen ini didapati menyokong alasan yang diberikan oleh mereka bahawa QA tidak memberikan jawapan berkenaan masalah game-breaking semasa game ini dilancarkan.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan CD Projekt Red yang menyalahkan syarikat QA yang tidak bertanggungjawab semasa ujian QA Cyberpunk 2077 dijalankan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: CD Projekt RedCyberpunk 2077Quantic Lab
Previous Post

Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!

Next Post

Keyboard gaming Razer Ornata V3 boleh didapati di Malaysia pada harga RM329

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Keyboard gaming Razer Ornata V3 boleh didapati di Malaysia pada harga RM329

Keyboard gaming Razer Ornata V3 boleh didapati di Malaysia pada harga RM329

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd