Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cardcaptor Sakura KL Exhibition Akan Bermula April 2025 – Tiket Early Bird Dijual Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 7, 2025
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Cardcaptor Sakura KL Exhibition Akan Bermula April 2025 – Tiket Early Bird Dijual Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pertama kali di negara ini, peminat Cardcaptor Sakura Malaysia berpeluang merasai keajaiban dunia melalu exhibition khas bertajuk “The Enchanted Museum,” yang akan berlangsung di INCUBASE Arena Malaysia, Level 2, Fahrenheit 88, Kuala Lumpur.

Pameran istimewa ini akan dibuka dari 12 April hingga 11 Jun 2025, membawa pengunjung menyelami dunia penuh magis Sakura Kinomoto dalam cara yang belum pernah dialami sebelum ini.

Dianjurkan oleh INCUBASE Studio, pameran ini adalah satu penghormatan kepada sejarah lebih dua dekad Cardcaptor Sakura, siri manga yang mula diterbitkan pada 1996. Dicipta oleh CLAMP, kisah ini telah menawan hati peminat dengan jalan ceritanya yang menyentuh perasaan tentang kasih sayang, persahabatan, dan keberanian.

Kini, peminat di Malaysia dapat mengalamai semula keajaiban tersebut menerusi pengalaman interaktif, pameran seni original, serta koleksi barangan eksklusif.

Kredit: INCUTix

Pameran ini menampilkan pelbagai zon bertema yang direka khas untuk menghidupkan suasana Cardcaptor Sakura. Flower Room membawa pengunjung ke ruang yang dipenuhi bunga-bunga dari manga.

Kero pula akan dipamerkan sebagai figura bersaiz besar, memberi peluang kepada peminat untuk bergambar bersama penjaga comel Sakura. Maze of Original Drawings menampilkan sekitar 200 lukisan original dari manga, memberikan peluang kepada peminat untuk melihat keindahan seni CLAMP secara dekat.

Kredit: INCUTix

Setiap pengunjung akan menerima “clear card” edisi khas direka oleh CLAMP sebagai hadiah eksklusif kemasukan. Selain itu, ada juga pelbagai barangan eksklusif yang hanya boleh didapati di pameran ini, termasuk produk edisi terhad serta koleksi khas yang diimport terus dari Jepun.

  • Lokasi: INCUBASE Arena Malaysia, Level 2, Fahrenheit 88, Kuala Lumpur
  • Tarik: April 12 – June 11, 2025
  • Waktu: 10:00 AM – 10:00 PM (Last entry: 9:00 PM)
  • Tiket boleh didapati di:
    • INCUTix
    • Ticket2U (Akan datang!)
    • KLOOK (Akan datang!)

Tiket Early Bird (7 Mac – 11 April 2025):

  • Combo Ticket – RM 80
  • Exhibition All-In-One Book – RM 150

Tiket Standard (12 April – 11 Jun 2025):

  • Dewasa – RM 50
  • Pelajar (dengan kad pelajar yang sah) / Kanak-kanak (4 – 12 tahun) – RM 25
  • Cardcaptor Sakura Exhibition Illustration Book Bundle – RM 170 (sekiranya tidak habis dijual semasa tempoh pra-jualan)
  • Kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah / OKU – Percuma
Kredit: INCUTix
Tags: Cardcaptor SakuraMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

The First Descendant Akan Tamat Sokongan untuk PS4 & Xbox One!

Next Post

‘Death Stranding 2’ Akan Dikeluarkan Pada 26 Jun, Kali Ini Tampil Lebih Aksi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
‘Death Stranding 2’ Akan Dikeluarkan Pada 26 Jun, Kali Ini Tampil Lebih Aksi!

'Death Stranding 2' Akan Dikeluarkan Pada 26 Jun, Kali Ini Tampil Lebih Aksi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd