Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cara Terbaik untuk Game Anda Mudah Dijumpai di Steam — Perkongsian Oleh Vlad daripada Neon Doctrine! [Level Up KL 23]

Maira by Maira
September 29, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Indie, Industri, Pameran/Expo, PC, Steam, Tempatan
0 0
0
Cara Terbaik untuk Game Anda Mudah Dijumpai di Steam — Perkongsian Oleh Vlad daripada Neon Doctrine! [Level Up KL 23]
Share on FacebookShare on Twitter

Di Level Up KL 2023, Vladislav Tsopljak (Vlad) selaku Pengasas bersama dan CCO Neon Doctrine hadir memberikan sedikit penjelasan mengenai cara Steam berfungsi kepada pembangun dan juga penerbit. Terutamanya cara untuk membuatkan game mudah dijumpai di Steam yang mempunyai lebih daripada 120 juta pengguna setiap bulan. Untuk pengetahuan anda, Neon Doctrine merupakan penerbit game yang terkenal dengan game seperti The Legend of Tian Ding, Simulacra, My Lovely Wife dan banyak lagi!

Semasa pembentangan, Vladislav memberikan pandangan tentang cara algoritma Steam berfungsi dan mengesyorkan pembangun mengambil perhatian tentang pelbagai aspek game mereka untuk memudahkan game mereka dipamerkan.

Vlad semasa panel

Pertama, Vladislav memberikan penjelasan ringkas tentang apa itu Steamworks, perkhidmatan yang direka untuk membantu pembangun dan penerbit mengedarkan game mereka di Steam dan memanfaatkannya sepenuhnya. Dia kemudian membentangkan kepada penonton laman kedai game yang diterbitkan dan menasihatkan pembangun lain untuk memberi perhatian kepada pelbagai elemen pada halaman tersebut untuk meningkatkan keterlihatan game mereka. Dia turut menekan bahawa lokalisasi dan dan tag yang sesuai akan banyak membantu algoritma. Jika pembangun mempunyai Store Page dalam pelbagai bahasa, pastikan segala media yang digunakan turut diterjemah dalam bahasa tersebut.

Vlad semasa panel

Selain itu, Vladislav menyatakan bahawa pencipta harus memanfaatkan sepenuhnya kedua-dua halaman pembangun dan komuniti di Steam, kerana pertama ia membenarkan mereka mempromosikan game mereka kepada peminat mereka dengan update, manakala kedua ia juga membantu mereka untuk melibatkan diri dengan komuniti.

Sebagai tambahan, terdapat juga ciri komuniti seperti livestream, pengumuman, festival dan banyak lagi. Pembangun perlu memanfaatkan segalanya supaya game lebih mudah dijumpai di platform tersebut.

Sumber: Steam

Vlad juga mengetengahkan beberapa alatan dan peluang yang boleh dimanfaatkan oleh pembangun serta penerbit seperti Steam Next Fest dan Point Shop. Lebih-lebih lagi dengan Steam Next Fest memberikan peluang untuk game anda dijumpai oleh pengguna Steam. Menariknya, Vlad turut mengongsikan dokumen Steamworks untuk pengunjung supaya mereka memahami lebih lanjut tentang cara pengedaran berfungsi di Steam.


Malaysia Digital Content Festival 2023 (MYDCF) akan diadakan dari 27 September 2023 hingga 1 Oktober 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Jika ada masa, ayuh ikut serta sekali.

Baca segala liputan kami tentang Level Up KL di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: indieNeon DoctrinesteamVladislav Tsopljak
ShareTweetSend
Previous Post

EA Sports WRC – Game Mode Apa Yang Ditawarkan Dalam Game?

Next Post

Ingin Bawa Game Unik kepada Dunia — Perkongsian oleh Shueisha Games & Magnus Game Studio! [Level Up KL 23]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Berita

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

June 4, 2025
Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
Next Post
Ingin Bawa Game Unik kepada Dunia — Perkongsian oleh Shueisha Games & Magnus Game Studio! [Level Up KL 23]

Ingin Bawa Game Unik kepada Dunia -- Perkongsian oleh Shueisha Games & Magnus Game Studio! [Level Up KL 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd