Title adalah salah satu pencapaian yang paling termasyhur di PUBG Mobile, selain daripada pangkat yang tinggi. Permainan Battle Royale untuk Android dan iOS ini menghadiahkan pemain dengan sembilan title bermula daripada “Glorious Moments” ke “Well Liked” sehingga”Chicken Expert.” Sembilan title ini muncul di profil pemain dan dipamerkan bersama nama anda dalam friendlist dan semasa fasa menunggu di dalam lobi.
Di antara title ini, yang paling sukar untuk diperoleh ialah “Weapon Master.” Ini juga menjadikannya salah satu title yang paling diingini untuk menghiasi profil anda.
Untuk mendapatkannya adalah satu tugas yang sukar. Misi untuk menjadi Weapon Master harus diselesaikan dalam satu perlawanan dan mendapat Chicken Dinner dan 6 kill adalah keperluan minimum untuk memperolehinya. Tetapi ia tidak berhenti di situ. Setiap daripada enam kill ini harus dilakukan dengan senjata yang berbeza. Ini termasuk membunuh musuh dengan assault rifle, submachine gun, sniper rifle, shotgun, throwable, dan kenderaan.
Sekiranya anda berjaya membunuh dengan setiap “senjata” yang berbeza ini dalam satu perlawanan, gelaran Weapon Master yang hebat ini akan menjadi milik anda. Tetapi jika anda berfikir untuk membuat akaun baru dan melakukan misi di atas dengan bot dan noobies dalam Bronze Tier, maka salah lah cara korang itu. Satu lagi keperluan minimum ialah pemain harus sekurang-kurangnya berada di tier Platinum.
Saya berharap dengan maklumat ini, korang aka merancang seeloknya bagaimana untuk memenangi gelaran ini. Goodluck gais! Do your best!
@gamersantaimy
Discussion about this post