Baru-baru ini, Softnyx telah melancarkan permainan NEW GUNBOUND untuk peranti mudah alih yang telah dibuka untuk pra-pendaftaran dan pada yang mengikuti informasi permainan ini, pasti tahu minggu lalu baru sahaja selesai dengan ujian Beta tertutup mereka. Paling menarik kami turut tidak terlepas untuk mencubanya sendiri!
Jadi kita teruskan dengan perjalanan permainan ini, tapi awal-awal kami nyatakan, peringkat level kami tidak lah begitu jauh, maklumlah hanya sempat main untuk ujian tertutup kan. Awal-awal permainan kami diperkenalkan dengan satu watak comel yang bernama Irene/ Rin yang menjadi pembantu peribadi anda untuk menjalani tutorial permainan New Gunbound ini. Kemudian kita dapat memilih watak yang kita mahukan untuk perjalanan permainan ini, terdapat juga mobile atau kenderaan seperti dinasour comel untuk membawa anda kemana-mana, dan untuk diingatkan, setiap mobile mempunyai exp yang berbeza!
Kemudian Irene akan membawa kita untuk belajar cara berlawan serta kenalkan peta yang dipecahkan mengikut zon serta peta yang disyorkan bagi menyesuaikan dengan level watak kita. Kat sini Irene turut memberitahu bahawa kita akan menjumpai peti harta karun (yang mempunyai barangan upgrade, gems dan sbg) ketika berjalan sambil perlawanan.
Okaylah, kita beralih pula cara permainan New Gunbound ini. Kita dapat mengawal penggerakan anak panah untuk memilih kawasan untuk menembak musuh, jika tak menepati sasaran, kita juga dapat menggerakan mobile ke hadapan atau kebelakang untuk mendapat kawasan sasaran yang lebih menepati. Setiap tembakan harus tunggu beberapa saat untuk memberi musuh giliran menembak kita semula. Tapi ada juga misi permainan yang membolehkan kita terus menerus untuk menembak, cuma mobile kita mempunyai kuasanya tersendiri dan ada waktu untuk ‘cooldown’ semula. Arr! Ketika menembak tu haruslah berhati-hati! Sebab kalau tertembak diri sendiri, pasti HP kita akan turun juga ketika perlawanan.
Dalam perlawanan kita turut ada beberapa ciri untuk tahap kesusahan atau kesenangan diri sendiri. Contohnya apabila keluat notis ‘Wind Changes’ yang mengubah laluan angin yang menyusahkan kita kerana peluru yang ditembak berpotensi terkena diri sendiri.
Kemudian ada juga Bos yang levelnya tinggi dari kita, tetapi kita boleh pilih sama ada untuk teruskan perlawanan atau lari sahaja! Sebab nak lawan Bos ni kalau kena tektiknya biarpun tinggi levelnya itu, kita mesti boleh kalahkanya. Kesenangan untuk pemain pula, kita boleh skip / perlawanan auto dan permainan kita ketika itu dan terus ke bahagian kemenangan jadi tak perlulah susah payah nak menyasarkan satu-satu tembakan!
Selain itu, kita juga akan diberi misi solo mod untuk menyelesaikan ‘Mini Games’ dalam masa yang diterhadkan. Menyelesaikan misi dan peta akan memberi ganjaran kepada kita seperti emas, barangan upgrade atau batu evolusi. Barangan ini diperlukan untuk menaik taraf Mobile, pokok kemahiran dan peralatan watak avatar anda.
Ciri-ciri lain yang turut ada adalah ‘guilds’, tiga mod permainan – Permainan masa nyata, sistem Turn-based dan Custom eh juga tidak terlupa anda boleh mencari Lover dalam permainan. Terdapat pas premium yang memberi ganjaran pada pelbagai pencapaian. Mata wang premium boleh mendapatkan Mobiles, peralatan dan sebagainya. Lengkapkan lebih misi untuk lebih banyak hadiah!
Semua ciri mungkin tidak muktamad lagi disebabkan sifat Ujian Tekanan Beta Tertutup. Nanti kita lihat dan tunggu sendiri apabila permainan New Gunbound ini dilancarkan secara rasmi. Dari Beta Tertutup, ia terasa agak serupa dengan Gunbound asal, tetapi jauh lebih baik. Ini harus menjadi berita gembira kepada peminat lama, dan yang baru untuk tidak ketinggalan dan terus mengikuti laman web rasmi New Gunbound serta Facebook mereka untuk kemaskini dan pengumuman! Okay anda boleh lihat gameplay selebihnya disini;
Sumber: Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post