Antara pengumuman besar Capcom semasa E3 2018 adalah Resident Evil 2 Remake yang akan dilancarkan pada Januari 2019. Capcom nampaknya sangat yakin dengan prestasi Resident Evil 2 Remake dan mereka akan melakukan follow up dengan remake yang lain.
Capcom mengatakan yang Resident Evil 2 Remake berpotensi untuk menjadi jualan yang mencecah juta-juta ringgit. Selain itu juga, dengan keyakinan yang timbul akan hype Resident Evil 2, nampaknya Capcom membuka pintu untuk meneruskan projek remake tetapi menggunakan IP yang lain.
Memandangakan Capcom terkenal dengan IP yang banyak, kita boleh menjangkakan remake yang banyak. Mana tahu, nanti Resident Evil Nemesis pulak ke yang dia nak remake? Apa-apa pun, selamat maju jaya kepada Capcom, dan aku memang menunggu tarikh keluarnya Resident Evil 2 Remake ni.
@gamersantaimy
Discussion about this post