Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boss Crushers Review – Pilih antara Crystal Keeper, Sorcerer atau Witch!

Sistem permainan yang menjadi sukar pada waktu yang pantas.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2019 - Updated on May 31, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Boss Crushers Review – Pilih antara Crystal Keeper, Sorcerer atau Witch!
Share on FacebookShare on Twitter

Baiklah, sebelum saya cerita lebih tentang game ini, bagi saya ruang untuk ringkaskan apa itu ‘Boss Crushers‘. Boss Crushers ialah game multiplayer action-RPG terbitan syarikat indie Space Horse dan berkisahkan sekumpulan pahlawan yang ingin melindungi tanah mereka daripada ancaman Boss jahat dan tentera minion-nya.

Sepanjang tempoh bermain game ini, korang pasti akan majukan watak yang dipilih, belajar pelbagai kebolehan baru, serta mencari item atau artifak yang luar biasa dan unik. Walaupun watak pilihan korang mati, korang masih akan menerima experience yang membuat persatuan pahlawan korang makin kuat.

Kepentingan setiap Watak di dalam Boss Crusher!

Okay, sebelum korang mula main game ini, korang diberi pilihan untuk memilih antara 3 hero atau watak yang berbeza iaitu “Crystal Keeper“, “Sorcerer“, dan “Witch.” Setiap hero memilik kekuataan, kelemahan, dan gameplay mereka yang unik dan tersendiri. Perkara ini saya akan jelaskan di bawah.

Crystal Keeper ialah seorang watak yang mempunyai damage yang tinggi tetapi dibebani dengan mobiliti dan kadar casting yang perlahan serta kos spell yang tinggi. Sorcerer pula mempunyai mobiliti yang lebih tinggi, dan serangan yang lebih pantas tetapi damage yang dilakukan hanya sederhana. Serangan Witch adalah yang paling pantas dan beliau mempunyai kebolehan untuk membuat bayang daripada dirinya sendiri untuk menyerang musuh. Paling sedih sekali ialah damage beliau adalah yang paling rendah.

Setiap class bermula dengan bonus tambahan stats dan bonus ini rambang setiap kali korang semua main. Setiap watak mempunyai Ultimate Ability mereka yang tersendiri dan Ultimate bar korang akan dipenuhi setiap kali pemain menyerang musuh. Ultimate bar ini boleh dikumpulkan sebanyak tiga kali sebelum pemain boleh menggunakannya.

Sistem Pertempuran yang bertambah sukar!

Selepas memilih seorang hero, korang akan spawn di dalam game. Korang kenalah bergerak dan berlawan di dalam pelbagai bilik atau kamar, barulah korang boleh jumpa Boss di level itu. Pintu akan dibuka secara automatik tetapi pemain harus menekan butang jika ingin memasuki ke bilik Boss. Itu pun perkara baik tau. Takdelah korang masuk tanpa sengaja kan. Pemain juga boleh memusnahkan kotak dan tong di setiap bilik tetapi ini pun tiada untuk suka-suka sahaja dan tidak membawa sebarang kebaikan.

Setiap level dihasilkan secara rambang oleh game tersebut dan pemain tidak akan bermain di labyrinth yang sama. Setiap labrinth memiliki musuh dan Boss yang unik dan setiap satu memang dah siap sedia untuk membunuh pemain. Selain itu, setiap Boss memilik kebolehan, mekanik, dan rentak permainan yang berbeza dan istimewa. Untuk menewaskan sebuah Boss, pemain haruslah mengenali Boss tersebut. Jadi melalui trial dan error, barulah pemain memahami musuh tersebut dan mengenali bagaimana untuk menewaskannya.

Setiap satu daripada tiga Labyrinth ini memiliki sekurang dua Boss yang berbeza (itu yang saya tahulah). Memang tugas pemain untuk menghafal setiap gameplay boss yang berbeza dan menyesuaikan diri pada keadaan. Saya telah berjaya mengalahkan kedua-dua Boss hutan, dan satu Boss lizard. Bagi pendapat saya, Lava Labyrinth mempunyai Boss yang paling susah pernah saya jumpa kerana Boss ini sangat besar dan mempunyai jarak serangan yang jauh. Serangannya pasti kena kerana kebolehan dash milik pemain tidak cukup untuk mengelak jika pemain tidak benar-benar fokus semasa bermain.

Gameplay yang memberi fokus kepada Trial & Error!

Walaupun selepas mati, pemain pasti akan menerima pelbagai faedah yang berguna dan tiada yang teruk untuk mati di dalam game ini. Dalam erti kata lain, pemain harus mati untuk menang. Setiap sesi bermain akan menjadi semakin sukar dan korang pasti mati banyak kali. Jadi jangan stress ya?  Setiap kali pemain semakin maju di dalam game, mereka akan membuka item baru, skill baru, musuh baru, dan pelbagai elemen lain yang boleh bantu dalam pertarungan.

Level juga dipisahkan kepada Player Level dan In-game Level. Perbezaannya antara kedua-dua level ini ialah pemain sentiasa mengekalkan Player Level manakala In-game Level akan hilang selepas pemai menyelesaikan satu sesi permainan. Player Level akan memberi korang Point di mana pemain boleh menggunakannya pada Talents untuk menguatkan dan meningkatkan kebolehan watak mereka. Efek ini juga akan kekal. In-game Level memberi peluang kepada pemain untuk memilih antara 3 kelebihan rawak, disertai bersama bonus status effect yang pemain akan bawa sekali ke dalam permainan.

Kesimpulan

Saya rasa saya dah main lebih daripada dua jam (sekarang pon dah Level 9 saya rasa) dan masih rasa seronok bermain game ini. Saya amat suka aspek trial & error dan Labyrinth yang dihasilkan secara rawak ini. Perkara ini dah cukup untuk menambah masa bermain saya. Di samping itu, terdapat pilihan scroll, potion, dan item lain yang besar dan pelbagai untuk bantu buffkan karakter anda untuk pengembaraan di dalam Labyrinth. Level progression juga memberi bonus yang cantik kepada watak dan apabila ditambah bersama bonus lain, memang menguatkan kebolehan karakter.

Jika korang nak main seronok ini yang mencabar kebolehan anda bersama kawan-kawan, memang saya sarankan game ini. Game ini pun masih baru dan sentiasa menerima pelbagai content dan update baru. Korang boleh dapatkan game ini di Steam pada harga RM32.00. Murah kan? Jangan lupa ajak member sekali main tau!

The Review

Boss Crushers

6 Score

Sebuah game dungeon crawler yang mencabar dan harus dinikmati bersama kawan-kawan!

PROS

  • Game dengan mekanik yang menarik dan berpotensi untuk lebih lagi.
  • Seronok bermain bersama kawan-kawan.
  • Menguji kebolehan dan pemikiran pemain.

CONS

  • Bug di mana akan jatuh ke lantai dan tidak boleh sambung permainan.
  • Tidak boleh pause.

Review Breakdown

  • Game Indie baru yang penuh dengan potensi. 0
Tags: Boss CrusherHero berbezamultiplayerreviewsteamTrail & Error
Previous Post

Huawei meminta pihak Amerika Syarikat untuk mengubah cara pendekatan yang lebih efektif mengenai Cybersecurity!

Next Post

MSI GT76 Titan dan GE65 Raider Gaming Laptop sudah siap sedia untuk medan perang gaming!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
MSI GT76 Titan dan GE65 Raider Gaming Laptop sudah siap sedia untuk medan perang gaming!

MSI GT76 Titan dan GE65 Raider Gaming Laptop sudah siap sedia untuk medan perang gaming!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd