Rockstar Games dah umumkan apa korang akan dapat dengan special edition dan pre-order Red Dead Redemption 2.
Ringkasannya:
Bonus Pre-Order (USD$59.99)
Selain 2 barang kat atas, korang akan dapat:
- War Horse: Kuda dengan courage dan stamina yang lebih.
- The Outlaw Survival Kit: Ada barang penting untuk survival macam Health dan Dead Eye.
Bonus Digital Pre-Order (USD$59.99)
- Cash Bonus untuk Story Mode: Dengan duit starter ni, cukup la untuk Arthur Morgan beli senjata seketul, makanan sket dengan sedikit barang berguna sekali dengan peluru.
- Treasure Map: Dah nama treasure map, takkan peta lokasi R&R dalam game pulak kan? Tapi nak dapat ni kena pre-order sebelum 31 Julai.
Bonus Special Edition (USD$79.99)
Dapat exclusive additional content untuk Story Mode:
- Mission Bank Robbery dan Gang Hideout
- Dappled Black Thoroughbred: Kuda lumba baka baek punya. Kaler hitam. Datang skali dengan Saddle Nuevo Paraiso.
- Bonus Talisman dan Medallion Gameplay: Pakai talisman Eagle Talon kat boot Arthur; skill environmental awareness dia tahan lebih lama. Korang bawak Iguana Scale dalam satchel nanti damage yang korang dapat masa naik kuda kurang sket.
- Boost Gameplay, Bonus Cash dan Diskaun: Boost stats korang untuk stamina, health dan Dead Eye. Dapat duit lebih masa buat misi merompak dan dapat diskaun untuk upgrades kat port korang nanti.
- Baju gunslinger Nuevo Paraiso: Pakaian exclusive dalam story mode seperti yang dipakai oleh vaquerros dan banditos.
- Access percuma untuk weapon tambahan: dapat access kepada 3 senjata kat kedai senjata api dalam story mode iaitu Volcanic Pistol, Pump Action Shotgun dan Lancaster Varmint Rifle.
Bonus Ultimate Edition (USD$99.99)
- Bonus Outfit: Baju exclusive untuk character online korang
- Black Chestnut Thoroughbred: Lagi Kuda. Tapi untuk online
- Access percuma untuk tema survivor camp: dapat survivor theme untuk online camp
- Access percuma untuk weapon tambahan: sama macam special edition, tapi online skali.
- Rank Bonus: naik rank cepat masa main online.
Bonus untuk GTA$ untuk semua digital pre-orders akan generate GTA$ kat game Grand Theft Auto Online korang (kalau ada).
Bonus Collector’s Box ($USD99.99)
Aku nak cerita panjang-panjang tak guna. Korang tengok sendiri. Kalau ada duit lebih tu dan rasa nak bakar, angkut la:
Red Dead Redemption 2 bakal tiba 26 hari selepas 26 hari selepas 30 September untuk PS4 dan Xbox One.
@gamersantaimy
Discussion about this post