Semalam, media sosial rasmi @BLEACHanimation mendedahkan bahawa anime Bleach: Thousand-Year Blood War Part 3 – The Conflict akan membuat debut pada 5 Oktober jam 11:00 malam JST.
◤ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄◥
TVアニメ
#BLEACH 千年血戦篇-相剋譚-
𝟏𝟎.𝟓 𝐬𝐚𝐭 𝟐𝟑:𝟎𝟎 𝐎𝐍𝐀𝐈𝐑
◣_____________◢
集いし相、刃に剋め
📺10/5(土)23:00~
テレ東系列ほかにて放送開始!
▼放送情報https://t.co/V0ZJN2MVKw#BLEACH_anime pic.twitter.com/fY4fYCsJ1p— 【公式】TVアニメ『BLEACH』 (@BLEACHanimation) September 8, 2024
Part 3 asalnya diumumkan pada bulan Julai lalu, tetapi hanya mengumumkan bulan keluaran sahaja, bukan tarikh tayangan tepat. Kini selepas beberapa bulan, peminat akhirnya tahu bila Ichigo akan kembali beraksi.
Studio Pierrot masih bertanggungjawab untuk produksi Bleach TYBW Part 3 tetapi kini dibantu oleh sub-studio Pierrot Films, di mana studio berusaha untuk menyampaikan anime dengan kualiti sinematik tinggi, diilhamkan oleh kejayaan Demon Slayer dan Jujutsu Kaisen.
‘SIX LOUNGE’ akan mempersembahkan lagu tema pembukaan “Kotoba ni Sezu Tomo” manakala ‘suisoh’ akan mempersembahkan lagu tema penamat “Monochrome”.

Bagi mereka yang tidak tahu, The Thousand Year Blood War ialah story arc terakhir manga, dan menceritakan selepas The Lost Agent arc hingga ke penghujung Bleach.
Cour (Bahagian) pertama anime The Thousand Year Blood War mula disiarkan pada Oktober 2022, dan serta-merta menerima pujian daripada peminat dan pengkritik, dengan animasi moden dan kualiti yang lebih baik.
Cour kedua pula ditayangkan pada Julai 2023, dan mengadaptasi sejumlah pertarungan epik termasuk pertarungan antara para Kenpachi. Kini Cour ketiga, bertajuk “The Conflict”, akan sambung mengadaptasikan detik-detik yang lebih menarik daripada manga.
@gamersantaimy
Discussion about this post