Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Mengapa Shinigami & Quincy terpaksa berperang? Penjelasan sebenar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 31, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bleach: Mengapa Shinigami & Quincy terpaksa berperang? Penjelasan sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Bleach: The Thousand-Year Blood War adalah story arc terakhir untuk francais di mana Ichigo terpaksa berhadapan dengan musuh paling hebat dia pernah hadapi dalam sejarah. Kali ini, organisasi Shinigami harus berperang dengan empayar Quincy tetapi apakah punca pergaduhan mereka menurut kisah keseluruhan Bleach?

Dalam episod terbaru anime, askar-askar Wandenreich telah mengisytiharkan perang ke atas Shinigami, tetapi mereka tidak menjelaskan sebabnya. Lantas ini mengelirukan Yuki Ryunosuke, seorang Shinigami baru.

Bagi mereka yang tidak pernah membaca manga Bleach, pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa perang ini berlaku. Maka, muncul lah seorang lagi Shinigami bernama Kajomaru Hidetomo yang menjelaskan perkara sebenar.

Kisah sebenar di sebalik perang Shinigami dan Quincy

Menurut Kajomaru, Shinigami menguruskan populasi roh untuk mengekalkan keseimbangan antara Dunia Manusia dan Soul Society. Jika ia tidak dipelihara, ini boleh mengakibatkan kemusnahan kedua-dua alam. Semua roh, termasuk Hollow, tertakluk kepada tadbir urus Shinigami.

Seperti yang kita tahu, kedua-dua Shinigami dan Quincy memburu Hollow, tetapi bukan dalam cara yang sama. Shinigami menggunakan zanpakuto untuk mengalahkan dan menyucikan Hollow, lalu menghantar roh-roh itu ke Soul Society sebagai sebahagian daripada kitaran hidup antara Dunia Manusia dan Soul Society.

Namun, Quincy menghapuskan Hollow sepenuhnya. Oleh itu, roh-roh yang datang ke Dunia Manusia tidak boleh kembali ke Soul Society. Jika itu berlaku, roh akan bertambah di Dunia Manusia. Akibatnya, Dunia Manusia mempunyai populasi lebihan, lalu menyebabkan Soul Society tumbang dan mencampurkan mereka yang hidup dan mati bersama-sama.

Akibatnya, semua akan kiamat.

Organisasi Shinigami cuba untuk mengubah cara Quincy tetapi sia-sia sahaja. Quincy enggan menerima ajaran dan nasihat mereka. Apabila masa berlalu, jumlah Quincy meningkat dan kitaran hidup menjadi lebih tidak stabil, lantas memaksa para Shinigami untuk menghapuskan Quincy bagi mengekalkan keseimbangan dunia.

Quincy yang masih hidup telah berundur ke Wandenreich, sebuah empayar tersembunyi.

Walau bagaimanapun, menurut Yhwach, dunia dimaksudkan untuk bersatu; hidup dan mati adalah satu. Apabila dunia bergabung, hasilnya adalah dunia yang bebas daripada “ketakutan kematian”. Dunia seperti itu adalah matlamat utama Yhwach. Berbekalkan misi itu, kini Quincy melancarkan perang baru ke atas Shinigami.


Apa pendapat korang tentang perang antara Shinigami dan Quincy dalam Bleach? Mungkin lebih banyak jawapan akan didedahkan dalam episod terdekat. Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach termasuk trivia dan fakta menarik, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachQuincyShinigami
Previous Post

Seram, Penuh Aksi — Ini Senarai Anime Seram Yang Korang Boleh Layan Halloween Ini!

Next Post

Perjanjian EA & Marvel bakal keluarkan 3 game action-adventure di PC & konsol!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Perjanjian EA & Marvel bakal keluarkan 3 game action-adventure di PC & konsol!

Perjanjian EA & Marvel bakal keluarkan 3 game action-adventure di PC & konsol!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd