Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Lima individu paling bahaya di Soul Society! Rumusan penuh “Tokki Senryoku!”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 9, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bleach: Lima individu paling bahaya di Soul Society! Rumusan penuh “Tokki Senryoku!”
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa story arc Thousand-Year Blood War dalam Bleach, Yhwach (Raja Quincy dan juga antagonis utama) menyebut tentang lima individu yang mampu mengubah arus peperangan. Dia memberikan penekanan khusus pada lima individu tersebut dan menamakan mereka sebagai “Special Wars Powers” atau nama Jepun nya, “Tokki Senryoku” kerana setiap seorang memainkan peranan penting untuk menentukan keputusan akhir bagi peperangan itu sendiri. Siapakah mereka? Tokki Senryoku terdiri daripada Ichigo Kurosaki, Kenpachi Zaraki, Ichibē Hyōsube, Sōsuke Aizen dan Kisuke Urahara. Berikut adalah rumusan penuh bagi setiap Tokki Senryoku dan mengapa mereka dianggap sebagai individu paling bahaya di Soul Society dalam kisah Bleach!

HARAP MAKLUM! BERIKUT ADALAH SPOILER UNTUK ARC TERAKHIR DALAM MANGA BLEACH!

Ichigo Kurosaki

Yhwach menganggap Ichigo mempunyai potensi yang jauh lebih kuat dan berbahaya daripada kebanyakan Shinigami lain kerana keturunannya yang bercampur dan sudah cukup untuk menamakan dia sebagai salah satu Tokki Senryoku. “Potensi” Ichigo bukan sahaja merujuk kepada kuasa terpendamnya malah juga melibatkan peningkatan kuasa yang tidak masuk akal. Ini ditunjukkan selepas Ichigo berjaya menguasai Bankai hanya dalam dua hari setengah, sedangkan ia memerlukan latihan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk Shinigami lain. Perkara sama juga diaplikasikan kepada cara dia bertarung kerana Ichigo dapat memahami corak serangan musuh dan memikirkan strategi dengan cepat. Ciri-ciri ini menjadikan Ichigo sebagai ancaman di mata Wandenreich (empayar Quincy).

Ichigo memainkan peranan penting dalam peperangan terkahir. Dia menyelamatkan Kenpachi Zaraki dari sekumpulan Sternritter, lantas berjaya melindungi salah satu aset terbesar Soul Society, dan yang paling penting, berjaya mengalahkan Yhwach. Pertarungan terakhir ini mewakili potensi Ichigo dari pelbagai aspek kerana Yhwach menjelaskan bahawa perkembangan Ichigo yang luar biasa sudah cukup untuk mengubah masa depan yang dilihat olehnya. Setelah Uryū Ishida melemahkan Yhwach dengan panah “Silver Arrowhead”, Ichigo mengalami evolusi sekali lagi. Zangetsu-nya berubah menjadi pedang kedua selepas Yhwach menghancurkan pedang pertama dan ini membolehkan Ichigo membuat serangan terakhir lantas menyelamatkan dunia.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Kenpachi Zaraki

Kenpachi Zaraki dianggap sebagai salah satu Tokki Senryoku kerana kekuatannya yang terlalu tinggi. Zaraki adalah Kenpachi ke-11, iaitu gelaran yang dikhususkan untuk Shinigami terkuat di Gotei 13, di mana dia peroleh selepas membunuh Kenpachi sebelumnya. Status ini dicapai oleh Kenpachi sebelum dia mempelajari nama Zanpakutō-nya dan mencapai Shikai dan Bankai, jadi anda boleh bayangkan betapa kuatnya Zaraki. Selain itu, dia bukan sahaja mengalahkan Kenpachi yang ke-10 malah juga menewaskan Kenpachi pertama iaitu Yachiru Unohana. Walaupun masih belum mencapai kuasa sebenar dalam kedua-dua pertarungan, Zaraki masih membuktikan dia boleh menang.

Dalam pertempuran, Zaraki memang tiada tandingan. Mahir dalam seni pertempuran pedang bergaya bebas, Zaraki dapat mengubah suai corak serangan dengan mudah, dan mampu menahan serangan lawan sambil mengekalkan cara ofensif sedangkan pahlawan memilih untuk bertahan. Dia terlalu kuat sehingga Central 46 (organisasi yang berfungsi sebagai badan kehakiman Soul Society) melarangnya belajar Zanjutsu dan ilmu seni pertempuran pedang yang betul di bawah Yamamoto, kerana takut Zaraki tidak boleh dikawal. Zaraki memberikan sumbangan besar dalam perang terakhir dengan melawan Gerard Valkyrie dan juga mengalahkan Sternritter Gremmy (yang menggunakan kuasa imaginasi). Adegan yang paling menarik sekali adalah bila Gremmy membayangkan dirinya memiliki kekuatan yang sama dengan Zaraki. Ini mengakibatkan kematian Gremmy kerana tubuhnya tidak dapat menangani kekuatan yang setaraf dengan Zaraki.

Ichibe Hyosube

Ichibē Hyōsube dipilih kerana kebijaksanaan, pengalaman, pemahaman, penilaian dan wawasannya yang luar biasa. Sudah wujud sejak penciptaan Soul Society, Ichibē adalah antara pelopor kepada dunia tersebut di mana seluruh sejarah dan rahsia Soul Society terkandung di dalam dirinya. Tahap pengetahuan ini memberikan tahap kebijaksanaan yang tinggi kepada Ichibē, dan membolehkannya menyusun strategi dan bertindak dari posisi yang paling optimum bagi menjaminkan kemenangan.

Malangnya, kebijaksanaan ini juga menjadi punca kepada kekalahan Ichibē. Sebagai pelindung abadi kepada Soul Society, Ichibē telah menyaksikan kekalahan pertama Quincy pada 1.000 tahun yang lalu. Keputusan ini menyebabkan dia menjadi terlalu yakin bahawa Shinigami akan menang sekali lagi. Ichibē tidak memikirkan tentang kekuatan sebenar Yhwach, dan hasilnya, Ichibē mengalami kekalahan di tangan antagonis tersebut.

Sosuke Aizen

Sōsuke Aizen termasuk dalam senarai Tokki Senryoku dalam kisah Bleach kerana tahap Reiatsu-nya yang terlalu kuat, sehingga mampu menghancurkan makhluk lain dan menghalang kekuatan Soul King (raja Soul Society). Sebelum bergabung dengan Hogyoku, Reiatsu milik Aizen terbukti sudah cukup kuat. Bukti? Untuk bergabung dengan Hogyoku, Aizen menjelaskan bahawa seorang Shinigami memerlukan Reiatsu sekurang-kurangnya dua kali ganda dari tahap kapten. Selanjutnya, Aizen mengaku dia memiliki lebih dari jumlah ini walaupun hanya berada dalam bentuk asas. Setelah bersatu dengan Hogyoku, Reiatsu milik Aizen meningkat ke tahap yang tidak dapat dikawal oleh Muken (tingkat paling dalam penjara bawah tanah Soul Society),di mana mereka hanya mampu melemahkan kesannya.

Aizen memainkan peranan penting dalam pertarungan terakhir dengan Yhwach. Menggunakan Kyōka Suigetsu, dia berjaya mengalihkan perhatian Yhwach dan memberi peluang kepada Uryū Ishida untuk menembak nya dengan Silver Arrowhead. Untuk menjayakan teknik Kyōka Suigetsu, Aizen perlu memiliki Reiatsu yang lebih tinggi dari Yhwach. Memang jelas, Yhwach tertipu dengan Kyōka Suigetsu walaupun sudah bergabung dengan Soul King. Itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan betapa tingginya Reiatsu milik Aizen.

Kisuke Urahara

Kisuke Urahara terpilih sebagai Tokki Senryoku kerana ramai mendapati dia sukar untuk diramalkan. Digelar sebagai ” consummate schemer” (penipu terhebat) oleh Askin Naak Le Varr, Urahara tidak akan masuk dalam pertarungan kecuali jika dia sudah bersedia untuk menghadapi segala situasi. Ketika Ichigo gagal untuk mengalahkan Aizen, Urahara yang bertanggungjawab untuk mengurung Aizen dengan mencipta sihir Kido istimewa, lalu menyelamatkan dunia.

Dalam perang terakhir, Urahara memberi sumbangan dengan mengalahkan Schutzstaffel Askin Naak Le Varr. Hampir di ambang kekalahan, Urahara menunjukkan helah terakhirnya dan menggunakan Bankai untuk membuka ruang yang membolehkan Grimmjow masuk dan membantunya menewaskan Askin. Sebelum mati, Askin memberitahu bahawa abilitinya, Gift Bereich akan runtuh dan membunuh semua orang di sekeliling. Namun, Nelliel Tu Odelschwanck berjaya menyelamatkan Urahara kerana dia tahu itu semua hanya perangkap.


Itu sahaja bagi rumusan saya untuk setiap Tokki Senryoku dan mengapa mereka dianggap sebagai individu paling bahaya di Soul Society dalam francais Bleach! Bagi mereka yang berminat, Bleach akan kembali dengan bab “one-shot” istimewa yang meneruskan kisah Ichigo. Di samping itu, anime Bleach juga akan membuat ‘comeback’. Setelah sekian lama menunggu, ‘story arc’ Thousand-Year Blood War akan diadaptasikan ke anime, tetapi buat masa ini tidak banyak info yang didedahkan. Mungkin mereka akan menjelaskan info lanjut bersama ‘one-shot’ ini? Untuk segala liputan kami tentang Bleach selain dari ahli Tokki Senryoku, sila tekan pautan ini.

Sumber – Bleach Fandom Wiki

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachichigomangaSoul SocietyTokki Senryoku
Previous Post

Saksikan pertempuran hebat dari pasukan seperti Gank dan RSG dalam merebut RM100K di Grand Finale nanti!

Next Post

[Review] Warhammer 40K: Battlesector pertempuran genre tabletop game yang mudah dimainkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] Warhammer 40K: Battlesector pertempuran genre tabletop game yang mudah dimainkan!

[Review] Warhammer 40K: Battlesector pertempuran genre tabletop game yang mudah dimainkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd